IDEOLOGI DAN WAWASAN NEGARA
Gagasan 1 Malaysia merupakan salah satu daripada faktor penyumbang kepada merealisasikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Bincangkan
Idea:
1. Gagasan 1 malaysia
2. Tadbir urus yang baik
3. Pembangunan modal insan
4. Pembangunan teknologi
5. Ekonomi yang mantap dan adil
6. Kedaulatan negara sentiasa terpelihara
Cabaran dalam Wawasan 2020 sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Jelaskan.
Idea:
1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
2. Pembentukan negara perindustrian
3. Pelaksanaan keadilan ekonomi dan sosial
4. Penghayatan moral dan etika
5. Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan
Salah satu isu yang berbangkit dalam cabaran Wawasan 2020 ialah pembentukan keluarga bahagia.Jelaskan langkah-langkah yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam pembentukan keluarga bahagia.
Idea:
1. Menjadikan diri sebagai role model
2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
3. Memberikan kasih sayang
4. Memberikan didikan agama dan moral
5. Memantau kegiatan anak-anak
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi merupakan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020.Pada pendapat anda,apakah rasional kerajaan menekan konsep ini dalam laulan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.
1. Kurangnya amalan nilai-niai kemasyarakatan
2. Peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja
3. Pengabaian golongan tua/OKU
4. Penganiayaan terhadap kanak-kanak semakin meningkat
5. Peningkatan dalam kegiatan memusnahkan harta awam
Pengamalan ajaran sesat banyak membawa kecelaruan dalam masyarakat.Huraikan.
1. Terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam
2. Memberi kesan terhadap diri dan masyarakat
3. Lupa tanggungjawab terhadap keluarga
4. Perpaduan tergugat
5. Keamanan negara tergugat
Keupayaan untuk menghasilkan produk hiliran bukan merupakan satu-satunya faktor kejayaan negara memajukan sektor pertanian.Bincangkan
1. Keupayaan negara untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran
2. Dasar-dasar kerajaan
3. Penggunaan teknologi moden
4. Faktor pusat-pusat latihan dan kemahiran
5. Iklim dan tanah
Peningkatan harga barangan asasi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan kerajaan perlu mengambil langkah tertentu untuk mengatasinya.Bincangkan
Kesan:
1. Peningkatan perbelanjaan isi rumah
2. Peningkatan kadar jenayah
3. Peningkatan hutang isi rumah
4. Peningkatan aktiviti menyorokkan barang
Langkah:
1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Penambahan subsidi ke atas barangan asasi
Industri’homestay’mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara.Walau bagaimanapun industri ini masih berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu.Bincangkan.
Potensi:
1. Meningkatkan pendapatan
2. Meningkatkan sektorr pelancongan
3. Menyediakan peluang pekerjaan
4. Memperkenalkan budaya tempatan
Cabaran:
1. Masalah modal
2. Masalah persaingan
3. Kurang daya tarikan/produk terhad
EKOLOGI
Pembangunan yang mampan memerlukan keseimbangan daripada segi ekonomi,alam sekitar, sosial dan budaya masyarakat. Huraikan bagaimana pembangunan yang mampan boleh dilaksanakan. (5+0)
Cara mewujudkan pembangunan yang mampan:
1. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi
2. Peluang pekerjaan yang boleh disediakan
3. Pembangunan modal insan
4. Pemuliharaan alam sekitar
5. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat
6. Penyelesaian masalah sosial/jenayah
Pertambahan penduduk Malaysia yang tinggi terutamanya di kawasan-kawasan yang pesat dengan pembangunan negara telah menyebabkan kawasan tersebut sesak dan padat yang akhirnya akan menimbulkan pelbagai implikasi terhadap alam sekitar. Jelaskan (5+0)
Implikasi terhadap alam sekitar:
1. Hakisan tanah dan tanah runtuh
2. Pencemaran air
3. Pemanasan global
4. Kemusnahan ekologi dan kepelbagaian biologi
5. Kemusnahan flora dan fauna
6. Pencemaran udara
7. Banjir kilat
Kemajuan negara dalam pelbagai bidang industri telah menyebabkan Malaysia mengalami pencemaran alam semula jadi yang semakin serius. Terangkan pendekatan-pendekatanyang diambilkan bagi menangani masalah tersebut. (5+0)
1. Memupuk pemikiran dan minda yang lestari melalui kempen dan promosi pelbagai pihakmenggunakan pelbagai kaedah dan media
2. Penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam dalam diri setiap ndividu.
3. Penghayatan cara hidup mesra alam dalam konteks keluarga
4. Penghayatan dalam konteks berorganisai dalam bermasyarakat
5. Kewujudan masyarakat mesra alam yang menjadikan bidang alam sekitar sebagai salah satu komponen pentingdalam dasar utama kerajaan.
Isu alam sekitar hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini. Pencemaran alam sekitar akan mewujudkan beberapa masalah yang membimbangkan manusia sejagat. Huraikan (5+0)
Masalah pencemaran alam sekitar:
1. Masalah kesihatan manusia
2. Pencemaran udara
3. Krisis air berlaku
4. Kepupusan flora dan fauna
5. Bencana alam
Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menyebabkan berlakunya pemanasan global. Huraikan faktor-faktor dan kesan pemanasan global kepada dunia. (3+2/2+3)
A. Faktor-faktor pemanasan global:
1. Penebangn hutan secara tidak terkawal
2. Pencemaran industri
3. Penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa
4. Penipisan lapisan ozon
B. Kesan
1. Kenaikan suhu
2. Peningkatan aras laut
3. Perubahan iklim
4. Kesihatan manusia terganggu
5. Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu
Isu pemanasan global bukan sahaja mengubah iklim, bahkan menyebabkan pelbagai ketidakpastian cuaca dan meningkatkan risiko hampir semua aspek kehidupan. Huraikan langkah-langkah yang dijalankan bagi mengurangkan pemanasan global. (5+0)
Langkah-langkah yang dijalankan:
1. Penggubalan dasar lebih konkrit dan kemas berkaitan perubahan iklim.
2. Isu perubahan iklim tidak dianggap sebagai isu nasional membabitkan seluruh dimensi,sektor dan agensi.
3. Sebagai negara membangun teladan, inisiatif perlu dipergiatkan
4. Instrumen ekonomi wajar dipertingkatkan untuk merangsang aktiviti dan projek pembangunan
5. Inovasi membangunkan teknologi mesra alam
Pengurusan sisa petani yang tidak terancang boleh menjejaskan kelestarian alam sekitar. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi. Bincangkan (2+3/3+2)
A. Kesan-kesan:
1. Kualiti air bawah tanah
2. Kualiti air permukaan
3. Kualiti udara
4. Kesihatan manusia/ternakan terjejas
B. Langkah-langkah yang dijalankan:
1. Menyediakan tempat pelupusan bagi bahan toksid dan racun yg belum ditapis
2. Pelbagai pengeluaran produk hampas kelapa sawit agar hampas kelapa sawit tidak dibuang
3. Proses biologi
4. Rawatan aerobik
5. Rawatan anaerobik
6. Rawatan fizikal dan kimia
Penurunan konsentrasi gas ozon di lapisan stratosfera boleh mengakibatkan fenomena penipisan lapisan ozon yang akan menjejaskan organisma dan alam sekitar. Bincangkan (5+0)
Kesan penipisan ozon:
1. Pemanasan global
2. Pencairan air benua, kenaikan arus lautan sebanyak 2mm setahun, daratan rendah mengalami banjir atau pulau tenggelam
3. Menjejaskan rantaian makanan
4. Habitat flora dan fauna terjejas
5. Gangguan kesihatan
Pulau-pulau yang terdapat di negara ini menpunyai perlagai pontensi untuk dimajukan. Namun, pembangunan yang tidak langsung akan meninggalkan pelbagai masalah. (3+2/2+3)
A. Kepentingan pulau-pulau:
1. Sumber oksigen
2. Habitat flora dan fauna
3. Sumber penyelidikan dan pembangunan(R&D)
B. Masalah yang dihadapi:
1. Pencemaran
2. Kepupusan flora dan fauna
3. Peningkatan suhu berlaku di pulau
Cahaya matahari memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Namun begitu, cahaya matahari yang berlebihan akan menjejaskan kehidupan di muka bumi. Bincangkan (2+3/3+2)
A. Faedah matahari:
1. Sumber tenaga alternatif
2. Cahaya matahari penting untuk proses fotosintesis
3. Sebagai sumber penyelidikan
4. Penting untuk kesihatan
B. Kesan negatif:
1. Menjejaskan kesihatan
2. Kepupusan flora dan fauna
3. Peningkatan suhu bumi
SAINS DAN TEKNOLOGI
Penghasilan pelbagai gajet telah menmanfaatkan kehidupan manusia namun jika kemudahan ini disalahgunakan maka ianya akan memudaratkan kita. Jelaskan (2+3/3+2)
A. Manfaat
1. Memperoleh maklumat terkini dengan mudah
2. Memudahkan perhubungan
3. Memudahkan kegiatan harian
4. Menjana pendapatan
B. Mudarat
1. Penyebaran fitnah
2. Mudahnya berlaku penipuan
3. Kurangnya interaksi sosial
4. Gangguan kesihatan
Jenayah siber yang berlaku di negara kita semakin berleluasa. Justeru itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengawalnya. Jelaskan (2+3/3+2)
A. Kenapa berkembang:
1. Pertambahan penggunaan internet
2. Kekurangan kawalan forensik komputer
3. Kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat
4. Kelonggaran kuat kuasa undang-undang
B. Langkah:
1. Tingkatkan kesedaran pengguna
2. Tingkatkan sistem keselamatan
3. Menguatkuasakan undang-undang/peraturan
Perkembangan positif yang telah dicapai dalam dunia sains hari ini menunjukkan tenaga nuklear juga berperanan dalam pembangunan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, kesan buruknya juga harus diberi perhatian. Jelaskan (2+3/3+2)
A. Peranan:
1. Bidang perubatan
2. Bidang pertanian
3. Sektor perindustrian
4. Sektor tenaga
B. Keburukan:
1. Mengancam kesihatan pengguna
2. Keselamatan terancam
3. Kesan genetik
Bidang bioteknologi telah berkembang pesat dan banyak memberi sumbangan dalam kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju. Huraikan kepentingan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara. (5+0)
Kepentingan bioteknologi:
1. Sumbangan dalam bidang perubatan
2. Sumbangan dalam bidang pertanian
3. Menjadi tenaga alternatif
4. Dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar
5. Dapat memajukan industri pengeluaran makanan
Pengurus dan pengendalian sisa-sia toksid yng tidak sistematik telah menyebabkan kehidupan manusia dan alam sekitar terancam. Huraikan kesan-kesan bahan tersebut keatas manusia dan alam sekitar(5+0)
Kesan-kesan toksid:
1. Menjejaskan manusia
2. Keracunan makanan
3. Pencemaran alam sekitar
4. Krisis air dan tanah
5. Kepupusan flora dan fauna
6. Keseimbangan ekologi terganggu
7. Mempengaruhi perkembangan genetik manusia
Perkembangan industi dan pertambahan penduduk telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga elektrik juga turut bertambah sedangkan tenaga dari sumber fosil semakin berkurang. Penemuan kaedah baharu pelbagai sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada manusia. Jelaskan sumber-sumber tenaga alternatif dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. (5+0)
Tenaga alternatif yang boleh diberbaharui:
1. Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun
2. Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yang amat rumit untuk dijana
3. Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan
4. Tenaga biomas merupakan salah satu sumber tenaga yang tertua di dunia.
5. Tenaga nuklear secara relatifnya lebih murah berbanding petroleum
Penemuan pelbagai sumber tenaga alternatif telah banyak memberi manfaat kepada manusia. Jelaskan cabaran yang mungkin dihadapi untuk memajukan sumber tenaga alternatif dan kebaikannya kepada manusia (2+3/3+2)
A. Cabaran yang dihadapi:
1. Tahap teknologi yang rendah
2. Modal besar
3. Kekurangan tenaga mahir
4. Saiz basaran yang kecil
B. Kebaikan tenaga alternatif:
1. Mesra alam dan tidk kehabisan
2. Jalan keluar daripada masalah krisis tenaga dunia
Malaysia telah memberi penekanan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang ke arah kemajuan negara. Negara yang tidak menjalankan penyelidikan dan pembangunan akan ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bincangkan (5+0)
Sumbangan R&D dalam pembangunan negara:
1. Sumbangan dalam bidang pertanian
2. Sumbangan dalam bidang perubatan
3. Sumbangan dalam penjagaan alam sekitar
4. Sumbangan dalam bidang perindustrian
5. Sumbangan dalam membekalkan tenaga alternatif
6. Sumbangan dalam bekalan air bersih
Aktiviti manusia dalam pelbagai aspek pembangunan telah memusnahkan alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar ini mesti dipulihkan untuk melestarikan alam sekitar. Bincangkan penyataan di atas. (2+3/3+2)
A. Faktor kemusnahan alam sekitar:
1. Aktiviti penyahutanan
2. Faktor pembebasan gas dan bahan bakar
3. Faktor aktiviti pertanian
B. Langkah pemuliharaan alam sekitar:
1. Mengitar semula bahan buangan
2. Kaedah kawalan biologi
3. Penjanaan sumber alternatif.
EKONOMI
Sektor pelancongan sukan mempunyai potensi yang besar kepada pembangunan sesebuah negara.Namun demikian,terdapat cabaran dalam memajukan bidang sukan di negara ini.Bincangkan.
Sumbangan
1)Mampu meningkatkan bidang sukan negara
2)Menggalakkan rakyat meminati bidang sukan
3)Meyumbangkan pendapatan negara
4)Meningkatkan imej negara
Cabaran
1)Menyumbangkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan
2)Persaingan dari negara lain
3)Pencemaran alam
4)Cabaran kesihatan
5)Cabaran menyediakan ahli sukan
Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020.Seiring dengan itu,Malaysia tidak ketinggalan untuk melaksanakan perdagangan secara atas talian yang merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan.Bincangkan kesan yang bakal dihadapi ekoran pelaksanaan e-dagang dalam urus niaga melalui sistem elektronik
Kesan positif e-dagang
1)Memudahkan dan mempercepatkan urus niaga
2)Memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat
3)Pasaran yang luas
Kesan negatif e-dagang
1)Wujudnya unsur penyelewengan
2)Ketidaktentuan transaksi
3)Monopoli produk negara maju
Industri kecil dan sederhana(IKS) yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara turut menghadapi cabaran yang perlu diselesaikan.Huraikan pendekatan yang boleh diambil bagi menagani cabaran yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhana
Langkah-langkah
1)Mewujudkan monsep rangkaian
2)Membuka pasaran baru untuk pasaran
3)Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi
4)Penggunaan teknologi
5)Penawaran insentif
6)Memberi tumpuan sampingan
Sebagai sebuah negara yang membangun dengan pesat,kerajaan terus memberi perhatian kepada industri warisan budaya bangsa iaitu Industri Kraftangan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Pelbagai pendekatan telah digunakan bagi mengatasi cabaran tersebut.Bincangkan.
Cabaran yang dihadapi oleh industri kraf tangan
1)Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja
2)Perusahaan ini tinggal dalam keadaan mundur
3)Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia(PKKM)
Pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah industri kraftangan
1)Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan
2)Pasaran diperluaskan dan program latihan digiatkan
3)PKKM membuat penyelidikan tentang pemasaran ,kemajuan pengeluaran,harga pembungkusan,pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraf tangan
4)MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia memberi kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat
5) Pengusaha kraf tangan berani dan bersedia menghadapi saingan daripada pengusaha-pengusaha luar
Program Trasformasi Kerajaan(PTK)dilaksanakan untuk mendepani enam cabaran untuk mencapai Wawasan 2020.Jelaskan.
Cabaran yang harus ditangani
1)Mengurangkan kadar jenayah
2)Memerangi rasuah
3)Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
4)Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah
5)Menambah baik Pengangkutan Awam Bandar
6)Memperkasa Prasarana luar bandar dan pendalaman
Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sektor Industri Kecil dan Sederhana.Industri ini banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.Pada masa yang sama,Industr kecil dan sederhana menghadapi pelbagai cabaran.Bincangkan.
Kepentingan IKS
1)Penggenap kepada industri besar
2)Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
3)Mempercepat kadar pertumbuhan ekonomi negara
4)Mewujudkan kepakaran nasional
5)Pemindahan teknologi
Cabaran IKS
1)Kekurangan modal
2)Persaingan tenaga kerja
3)Persainagn pasaran
4)Kekurangan penggunaan teknologi
5)Kehadiran IKD dari negara asing.
Wawasan 2020 merupakan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 mengikut acuannya sendiri.Banyak cabaran utama yang harus dihadapi.Oleh itu,beberapa pendekatan telah dilaksanakan bagi mencapai wawasan tersebut.Bincangkan.
Cabaran utama bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju
1)Pembentukan satu negara bangsa Malaysia
2)Negara perindustrian
3)Keadilan ekonomi dan sosial
4)Moral dan etika
Pendekatan yang dijalankan untuk mencapai wawasan 2020
1)Melahirkan modal insan kelas pertama
2)Menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabngsa
3)Mewujudkan persekitaran kondusif
4)Memperkasa sistem pengangkutan awam dan perhubungan domestik dan antarabangsa
Kebebasan media massa di negara kita perlu kawalan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum terpelihara.Jelaskan.
Keperluan kawalan terhadap media massa
1)Penyebaran fitnah yang berleluasa
2)Perpaduan negara terjejas
3)Ancaman kepada kerajaan
4)Menjejaskan kebebasan individu
5)Berleluasanya pencemaran budaya dan seks
6)Keselamatan negara terjejas
7)Berlakunya penyelewengan dan penipuan dalam internet
8)Gangguan terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa
Pembangunan merupakan petunjuk kepada kemajuan dan kemakmuran sesebuah negaraDalam proses pembangunan tersebut kita sering mengorbankan warisan tradisional dan nilai kemanusiaan yang amat penting.Jelaskan.
Kesan pembangunan
1)Berlakunya kemusnahan khazanah hutan
2)Kepincangan nilai dan adat tempatan
3)Nilai budaya tradisional terpinggir
4)Kehilangan warisan pensejarahan
5)Amalan dan nilai kejiranan pupus
6)Perubahan bentuk asuhan dan didikan keluarga
Perbandaran berlaku dengan pesat dan merupakan keperluan kepada negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Namun begitu,perbandaran juga menimbulkan masalah kepada negara.Bincangkan.
Kepentingan proses perbandaran
1)Kemudahan infrasruktur yang lengkap
2)Menyediakan peluang pekerjaan yang banyak
3)Meningkatkan taraf hidup penduduk setempat
Masalah dari proses perbandaran
1)Menimbulkan masalah pencemaran alam
2)Mencetuskan masalah sosial
INTEGRASI DAN PERPADUAN
Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai bentuk budaya dan sosial yang diamalkan seharian.Jelaskan bagaimana budaya yang pelbagai tersebut memberi faedah kepada negara.
1)Merupakan identiti kaum
2)Merupakan identiti negara
3)Memberi sumbangan kepada ekonomi negara
4)Mewujudkan rasa hormat kepada golongan tua
5)Membentuk persefahaman anggota masyarakat
Perpaduan dan integrasi nasional memainkan perana penting untuk menjamin kestabilan politik,ekonomi dan pembangunan negara.Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.
Usaha-usaha di peringkat sekolah
1)Membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu dan bersefahaman
2)Menubuhkan Sekolah Wawasan
3)Melancarkan projek berteraskan integrasi(program e-integrasi)
4)Menambahkan jumlah guru/pengetua yang bukan berbangsa melayu
5)Pengisian aktiviti berteraskan perpaduan
6)Pendedahan kepada budaya melayu
Perpaduan dan integrasi nasioanl memainkan peranan penting untuk menjamin pembangunan negara yang berterusan dapat dijalankan dengan lancar.Nyatakan halangan-halangan untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional serta cara-cara mengatasinya
Halangan
1)Dalam aspek sosial
2)Dalam aspek kebudayaan
3)Dalam aspek ekonomi
4)Dalam aspek politik
5)Pemisahan fizikal
Langkah mengatasi
1)Melalui stategi pembangunan diri
2)Pengurangan identifikasi kelompok
3)Strategi Pembangunan Fizikal dan Sosial
4)Menukarkan konsep-konsep yang bersifat memecah belah
5)Menukarkan pegawai-pegawai antara wilayah
6)Semangat bermasyarakat
PRASARANA
Walaupun pengangkutan awam memberi sumbangan kepada pembangunan tetapi pengangkutan awam di negara ini masih lagi menghadapi pelbagai masalah. Bincangkan
Sumbangan
1. Mengelakkan kesesakan jalan raya
2. Menjimatkan kos dan masa pengguna
3. Membantu pembangunan ekonomi
4. Mengurankan kesan ke atas jalan raya
Masalah
1. Kekurangan infrastruktur dan pengankutan awam
2. Sistem pengangkutan awam yang tidak cekap
3. Kepercayaan pengguna kepada pengangkutan awam
Banyak punca menyebabkan bekalan air bersih sering terganggu berlaku dan jika dibiarkan berterusan akan mengundang pelbagai kesan kepada pengguna. Bincangkan
Punca gangguan
1. Pencemaran air
2. Pembaziran sumber air bersih
3. Simpanan air di kawasan tadahan air terjejas
4. Akibat bencana alam
Kesan
1.Masalah kesihatan
2.Menjejaskan kegiatan hidup manusia
3.Peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman
Kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita sehingga ke suatu tahap yang membimbangkan. Jelaskan mengapakah wujud keadaan ini dan bagaimanakah cara-cara untuk mengurangkan masalah ini.
Punca
1.Pengguna jalan raya
2.Keadaan jalan raya
3.Keadaan kenderaan
4.Sabotaj
Langkah
1.Penguatkuasaan undang-undang
2.Meningkatkan kesedaran
3.Pemeriksaan yang lebih ketat
4.Membaik pulih jalan raya
Pembinaan empangan seperti Empangan Bakun banyak mendatangkan kebaikan kepada pembangunan negara. Namun begitu, pembinaannya juga menimbulkan masalah kepada alam sekitar. Bincangkan
Faedah pembinaan empangan
1. Sumber bekalan air
2. Menjana tenaga hidroelektrik
3. Pengairan kawan pertanian
Kesan negatif pembinaan empangan
1. Kepupusan flora dan fauna
2. Bekalan oksigen akan terjejas
3. Pengairan kawasan pertanian
Kemajuan dalam bidang ekonomi telah menyebabkan pendapatan perkapita rakyat Malaysia telah meningkat. Peningkatan pendapatan tersebut telah mendorong mereka untuk mereka memiliki rumah sendiri. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan terhadap rumah. Jelaskan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah dan cara mengatasinya
Cabaran memiliki rumah sendiri
1. Harga rumah yang mahal
2. Hasil binaan yang tak berkualiti
3. Lokasi rumah yang tidak sesuai
4. Kekurangan rumah kos rendah
5. Projek rumah terbengkalai
Langkah mengatasi cabaran perumahan
1. Menuguhkan Suruhanjaya Perumahan Negara
2. Mengawal,menyelia dan menetapkan syarat projek perumahan
3. Mengenakan hukuman
4. Kerajaan memperkenalkan PR1MA
Isu bekalan air merupakan isu yang hangat diperkatakan pada masa ini terutamanya di bandar. Banyak masalah yang wujud dalam industri air terutamanya di kawasan bandar. Huraikan.
Masalah air
1. Tekanan air yang rendah
2. Permintaan yang tinggi
3. Pencemaran air
4. Air sungai mengandungi toksid yang tinggi
5. Paip air yang usang
6. Kehilangan air
Jalan raya di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dan memainkan peranan penting kepada kemajuan negara. Setiap hari kita mendengar berita sedih yang berlaku di jalan raya dan juga wujud beberapa masalah yang menyulitkan pengguna jalan raya. Bincangkan
Kepentingan
1. Pengangkutan utama
2. Sumber pendapatan organisasi dan negara
Masalah yang dihadapi
1. Kesesakan jalan raya
2. Kemalangan jalan raya
3. Bayaran di lebuh raya yang semakin meningkat
4. Kerosakan jalan raya dan kerja-kerja kontrak
Pembangunan yang pesat di Malaysia telah menyebabkan negara dijangka mengalami krisis sumber tenaga yang akan menjejaskan perkembangan ekonomi. Huraikan pendekatan-pendekatan yang dilaksanakan bagi menjamin bekalan sumber tenaga berterusan san mencukupi di negara ini.
Pendekatan-pendekatan yang diambil
1. Syarikat swasta yang terlibat perlu terlibat dalam membekalkan tenaga elektrik
2. Lebih banyak empangan tenaga hidroelektrik perlu dibina
3. Sumber tenaga alternatif juga penting
4. Kempen penjimatan elektrik
5. Perancangan kerajaan tentang permintaan sumber tenaga juga penting
SOSIAL DAN BUDAYA
Bagi memastikan golongan orang kelainan upaya (OKU) menjalani kehidupan harian seperti rakyat biasa di negara ini, pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan.Jelaskan
Usaha
1.memberi keyakinan kepada golongan oku
2.Menyediakan kemudahan khusus kepada oku
3.Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
4.Memberi insentif kepada golongan oku
5.Menyediakan perkhidmatan sokongan
6.Mengubah persepsi masyarakat
Pelbagai faktor dikaitkan dengan kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini. Oleh itu, konsep Bandar Selamat wajar dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan awam. Bincangkan.
Faktor
1.Tekanan hidup
2.Peningkatan pendatang asing (PATI)
3.Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
4.Sikap masyarakat bandar
5.Sekitaran yang tidak selamat
Cara mengatasi (fokus kpd Bandar Selamat)
1.reka bentuk persekitaran bandar selamat
2.Peningkatan kesedaran
3.pemantauan berkesan dan berterusan
Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi bukan merupakan satu-satunya petunjuk untuk mencapai taraf negara maju. Bincangkan.
1.Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
2.Industri menjadi teras ekonomi negara dan berkembang pesat
3.Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya
4.Kemudahan infrastruktur yang moden dan mencukupi
5.Tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi
6.Ringkat pendidikan relatif tinggi
7.Tingkat kesihatan tinggi
Warisan Budaya tempatan amat penting kerana mempunyai nilai budaya yang tinggi. Walau bagaimanapun, unsur ini yang mula terhakis oleh pemodenan ini perlu ditangani segera untuk mengekalkan kepentingan tersebut.
Bincangkan.
Kepentingan Warisan budaya tempatan
1.menjadi warisan generasi akan datang
2.Dapat memupuk perpaduan
3.lambang identiti sesebuah negara
Langkah yang dijalankan
1.pendedahan keunikan warisan budaya kepada rakyat
2.menganjurkan pertandingan dan pameran warisan kebudayaan
Aliran pendidikan teknik dan vokasional berperanan untuk membentuk individu yng mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi serta mampu menyumbang kepada kepesatan pembangunan negara. Namun begitu, usaha untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional berhadapan dengan pelbagai cabaran. Bincangkan.
Peranan teknik dan vokasional
1. Pembangunan usmber manusia adalah sangat penting bagi mencapai kemakmuran di sesebuah negara
2. Reformasi pendidikan di malaysia yang bermula pada awal tahun 80-an, tidak mengabaikan pendidikan teknik dan vokasional
3. Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini juga selaras dengan matlamat mahupun pendidikan negara yang bertujuan
Cabaran pendidikan teknik dan vokasional
1.Melahirkan tenaga kerja yang berkualiti
2. Memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional
3.Menghadapi arus perubahan semasa
Belakangan ini masalah sosial yang melanda remaja semakin berleluasa. Oleh itu, langkah mengatasinya hendaklah diambil dengan segera. Bincangkan.
Faktor-faktor masalah sosial remaja
1.masalah keluarga
2.Pengaruh persekitaran
3.Pengaruh media massa
4.Pengaruh di sekolah
Langkah-langkah mengatasi masalah remaja
1.peranan ibu bapa/penjaga
2.pendekatan akademik dan kokurikulum
3.mewujudkan sistem perundangan di sekolah
4.penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa sepert polis
5.peranan guru kaunseling
6.peranan persatuan ibu bapa dan guru(PIBG)
Isu kemiskinan bandar sering dikaitkan dengan produktiviti ekonomi yang rendah, pendapatan isi rumah kurang dan kesukaran mendapatkan akses kemudahan serta peluang ekonomi. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah kemiskinan di bandar.
Langkah mengatasi kemiskinan di bandar
1.kerajaan perlu sediakan lebih banyak perkhidmatan sosial seperti pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak untuk golongan berpendapatan rendah
2.Pemimpin komuniti perlu proaktif mengeratkan jalinan hubungan komuniti
3.NGO dan swasta perlu membantu kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi kepada keluarga miskin di bandar
4.Mewujudkan Pegawai Pengembangan Masyarakat di kawasan bandar
5.Agensi kerajaan perlu memeperkenalkan program khusus untuk keluarga miskin di bandar
6.Golongan berpendapatan rendah serta sederhana perlu menyeimbangkan pendapatan dan perbelanjaan mengikut keperluan
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan status mereka agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.
1.sikap majikan
2.Tanggapan masyarakat yang negatif
3.Perlindungan ahli keluarga
4.Kekurangan maklumat,sokongan dan khidmat nasihat
5.Sokongan dasar & perundangan
Pembentukan jati diri dan akhlak generasi muda merupakan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga. Masalah sosial dalam kalangan mereka amat kritikal dan membimbangkan semua pihak. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa atau penjaga semata-mata kerana terdapat banyak perkara lain yang telah mempengaruhi mereka. Bincangkan.
Faktor ibu bapa
1.Kepincangan institusi keluarga
2.Faktor kebendaan/materialistik
3.Kurang penghayatan agama
4.Faktor pengaruh media massa
5.Faktor persekitaran
6.Faktor rakan sebaya
Banyak punca menyebabkan masalah kemiskinan terus berlaku di luar bandar. Langkah-langkah wajar perlu dilaksanakan bagi membasmi masalah tersebut. Bincangkan.
Faktor-faktor berlakunya kemiskinan luar bandar
1.kekurangan peluang pekerjaan
2.Taraf pendidikan yang rendah
3.Produktiviti yag rendah
4.Faktor kekurangan tanah dan modal
Langkah-langkah membasmi kemiskinan luar bandar
1.peranan kerajaan
2.peranan institusi swasta
3.Perubahan sikap penduduk
No comments:
Post a Comment