SOALAN STRUKTUR STPM SEBENAR PENGGAL 2 DAN SKEMA JAWAPAN (2013- 2019)
2013
1. Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai
Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. (4m)
(a)
Membangunkan modal insan
(b)
Menyediakan infrastruktur
(c)
Menyediakan infostruktur
(d)
Meningkatkan pelaburan
(e) Merancakkan pertumbuhan sector ekonomi baharu
(f)
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
(g) Mendapatkan penarafan global
2. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh
kerajaan dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10)
untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju (4m)
(a)
Mentransformasikan
sisyem penyampaian awam
(b)
Mentransformasikan
ekonomi Negara
(c)
Mensejahterakan hidup
(d) Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf
dunia
(e)
Mewujudkan persekitaran kondusif
kea rah mempertingkatkan kualiti hidup
3. Majlis Penasihat
Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE). Huraikan
dua daripada lapan inisiatif
tersebut. (4m)
(a) Menyuburkan kembali sector swasta. – untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
(b) Membangunkan tenaga kerja yang berkualiti - mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
(c) Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing- mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
(d) Memperkukuhkan sector awam – melaksanakan Program Transformasi Kerajaan
(e) Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran – berdasarkan merit dan keperluan
(f)
Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan – infostruktur
(g)
Meningkatkan sumber pertumbuhan – meneroka bidang
baharu ekonomi
(h) Memastikan pertumbuhan yang mapan – pertumbuhan yang berterusan.
4. Dasar Jaminan
Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan makanan yang salah satunya disebabkan oleh bencana
alam. Nyatakan tiga strategi untuk
mencapai dasar ini. (3m)
(a)
Mewujudkan stok penimbal
beras
(b)
Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman
dan ternakan
(c)
Memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha bahan-bahan asas pertanian
(d)
Mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian
(e) Melaksanakan program Bumi Hijau
2013(U)
1. Nyatakan empat daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). (4m)
(a) Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
(b) Mengurangkan kadar jenayah
(c) Memerangi rasuah
(d) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
(e) Menambah baik pengangkutan awam
(f) Mempertingkatkan
taraf hidup rakyat
berpendapatan rendah
2. Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda. (4m)
(a) Kepentingan Negara mendahului kepentingan peribadi- dimanifestasikan melalui aktiviti sukan, dalam pekerjaan, dalam penglibatan ekonomi
(b) Menolak sebarang penyebaran maklumat yang memburukkan nama negara- Penyebaran khabar angin
(c) Menghormati institusi beraja- menghormati sistem raja sebagai simbol perpaduan, menghormati raja sebagai ketua negara
(d) Menghormati lambang-lambang negara- menghormati lagu kebangsaan, jalur gemilang, jata negara
3. Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automatif Negara. (3m)
(a) Meningkatkan daya saing industry automatif
negara
(b) Hub serantau
industri kereta
(c) Meningkatkan kualiti pembuatan kereta nasional
(d) Meningkatkan kemahiran
keusahawanan industri automatif
4. Jelaskan dua faktor yang menjejaskan integriti (4m)
(a) Faktor individu- Kurang berdisiplin dalam etika kerja, kurang didikan agama, tiada penghayatan nilai-nilai murni
(b) Faktor sistem/ prosedur kerja – Kurang telus dalam urusan perkhidmatan awam- sistem atau garis panduan melaksanakan tugas lemah- penguatkuasaan kurang berkesan- pemantauan terhadap sesuatu program kurang dilaksanakan
(c) Faktor budaya – Budaya tidak mengambil sikap peduli terhadap tugas- tidak bertanggungjawab
(d) Faktor kepimpinan – Gagal menunjukkan teladan yang baik terhadap kakitangan bawahan- tiada integriti
2014
1. Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia
mencapai status negara
maju. (4m)
(a) Meningkatkan pendidikan berkualiti. Mentransformasikan sistem pendidikan, menghasilkan modal insan yang berkualiti, merupakan asas kepada K- ekonomi
(b) Meningkat kemahiran. Menyediakan pusat-pusat latihan, memberi pendedahan kemahiran di luar Negara.
(c) Meningkatkan kepakaran. Membawa plang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar Negara, memberi peluang meningkatkan kepakaran
(d) Meningkatkan nilai dan etika kerja. Menerapkan nilai integrity, mengukuhkan jati diri.
2. Apakah empat cabaran yang harus diatasi
bagi membolehkan Malaysia
mencapai taraf negara
maju. (4m)
(a) Mewujudkan Negara
Malaysia bersatu
(b) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
(c)
Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang
(d) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral
dan beretika
(e) Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
(f) Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
(g) Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi
(h) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
(i)
Mewujudkan masyarakat yang makmur
3. Terangkan dua faedah yang dinikmati oleh rakyat
kesan daripada pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia. (4m)
(a) Menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti. Amalan swasta diterapkan dalam sector awam.
(b) Mendapat faedah daripada tanggungjawab social korporat. Kemudahan pembiayaan dalam aktiviti sukan, kedai buku menawarkan diskaun bagi pembelian buku, sekolah pengamanahan, baucer tusyen kepada pelajar.
(c) Meningkatkan kauliti hidup rakyat. Membantu menyediakan prasarana/ kemudahan, menyumbang kepada pembinaan dan kemudahan sekolah
4. Nyatakan tiga faktor yang diambil kira oleh kerajaan
dalam merancang rancangan pembangunan negara
. (3m)
(a) Kewangan.
(b) Sumber manusia.
(c) Masa.
(d) Politik.
(e) Teknologi.
2014(U)
1. Berikan dua alasan rakyat Malaysia dikatakan
hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni. (4m)
(a) Ekonomi Malaysia berkembang pesat ekoran peningkatan pendapatan negara hasil daripada usaha kerajaan mempelbagaikan ekonomi negara
(b) Kestabilan politik melalui perpaduan kaum
(c) Keselamatan rakyat terjamin ekoran penurunan kadar jenayah kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak
Kerancakan pembangunan sosial dengan kepelbagaian kemudahan kesihatan dan prasarana
2. Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang. (3m)
(a) Mengawal keamanan hidup masyarakat agar sentiasa aman dan harmoni
(b) Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum, iaitu memberikan taraf kesamarataan kepada rakyat
(c) Menjamin institusi kehakiman yang berwibawa serta bebas campur tangan luar atau pihak lain
(d) Mengelakkan sesuatu
keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan
3. Terangkan dua usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif. (4m)
a. Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama (perhutani)
-
hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan.
- herba ditanaam secara komersial
b. Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan pengguna
-penanaman tongkat ali
-hasil daripada susu kambing
c. Memajukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dalam sektor pertanian
-bioteknologi
d.
Mewujudkan sektor pertumbuhan baharu
- agrotourisme atau pelancongan tani
e.
Memberi nilai komersial kepada produk pertanian.
- pertanian sebagai
satu perniagaan
f. Menggunakan teknologi
moden.
-
peralatan, jentera, pembungkusan dan pemasaran.
4. Terangkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara
dalam memajukan wanita
di negara ini. (4m)
(a) Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara dengan jaminan golongan wanita mendapat peluang dan faedah daripada pembangunan
(b) Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi
(c) Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan dengan melibatkan golongan ini dalam pentadbiran negara.
2015
1.
Nyatakan tiga
petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. (4m)
(a) Pendapatan perkapita yang
tinggi.
(b) Keluaran Dalam
Negara Kasar yang tinggi
(c)
Kadar produktiviti tenaga buruh tinggi
(d) Saiz ekonomi berorientasikan pengetahuan.
(e) Kreativiti dan inovasi berkembang.
(f)
Kadar peratusan pelajar
ke IPT meningkat.
(g) Tahap/ taraf kesihatan yang tinggi
(h) Prasarana yang lengkap, moden/
mencukupi
(i)
Kecekapan pengurusan alam sekitar
(j) Penggunaan sumber
yang optimum/ sumber
dimanfaatkan sepenuhnya.
2. Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara (4m)
(a) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat- Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan Negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.
(b) Memelihara satu cara hidup demokratik- Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan untuk mencetus isu perkauman dan memusnahkan demokrasi.
(c) Mencipta satu masyarakat yang adil- Semua rakyat mempunyai hak untuk memiliki kekayaan secara adil dan saksama.
(d) Menjamin cara hidup yang liberal terhadap tradisi kebudayaan setiap kaum- Setiap kaum bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing.
(e) Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden- Rakyat yang bergerak maju seiring dengan kemajuan sains dan teknologi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju.
3. “Dasar Wawasan
Negara (DWN) merupakan
gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia
bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat
hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Oleh
itu, beberapa teras dasar yang baru
telah diperkenalkan”
(a) Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN) (2m)
i. Rancangan Malaysia Kelapan 2001 – 2005
ii. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010
(b) Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara (DWN). (2m)
i. Membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan/ ilmu
ii. Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
iii. Menjadikan sector pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
iv. Membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup kelompok kecil miskin di bandar dan pedalaman
v. Mencapai sasaran penyertaan bumiputera dan pemilikan ekuiti sekurang- kurangnya 30%
4.
Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat
melalui pelaksanaan Dasar Sosial Negara. (4m)
(a) Mendapatkan keperluan asas. Makanan, pakaian dan perlindungan
(b) Mendapatkan peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri. Peluang latihan, pendidikan.
(c) Menikmati keperluan/ khidmat sosial. Rumah orang tua/ anak yaim, pusat pemulihan penagih dadah.
2015(U)
1. Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada negara. (3m)
(a) Pelabur asing meningkat
(b) Meningkatkan imej Negara
(c)
Menjamin keselamatan Negara
(d) Memajukan ekonomi
Negara
(e) Dasar Pendidikan lebih inovatif
2. Nyatakan dua kepentingan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara. (4m)
(a) Menjadi asas pembentukan tingkah laku yang berhemah tinggi- Individu akan memiliki personaliti yang mulia
(b) Melahirkan masyarakat Malaysia yang bersopan santun, berbudi bahasa, dan mempunyai tingkah laku yang sopan dan saling menhormati antara kaum
(c) Menjalinkan hubungan yang harmoni dalam masyarakat. Kesejahteraan dan keharmonian akan terserlah dalam masyarakat yang berbilang kaum
3. Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dicapai. (4m)
(a) Rakyat dapat menikmati kemajuan ekonomi
(b) Rakyat bersikap
dinamis dan berdaya
saing
(c) Rakyat memiliki sikap penyayang dan budaya penyayang
(d) Rakyat Malaysia
memiliki sikap berjiwa
bebas dan tenteram
(e) Rakyat yang bermoral
dan beretika tinggi
(f) Rakyat yang bersikap
liberal dan bertolak
ansur
(g) Rakyat mempunyai daya saing yang tinggi dan progresif
4. Berikan empat cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. (4m)
(a)
Menghormati kebudayaan kaum lain.
(b) Berkongsi satu gaya hidup
yang sama
(c) Berkomunikasi dalam bahasa
kebangsaan
(d) Kesanggupan menerima perbezaan pandangan
(e) Mengamalkan nilai-nilai murni yang menjalinkan perpaduan
2016
1. Nyatakan empat usaha yang boleh dilaksanakan bagi membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dalam kalangan
rakyat di negara
ini. (4m)
(a)
Mengadakan pertandingan reka cipta
(b)
Meramaikan/ meningkatkan bilangan
pelajar dalam aliran sains dan teknologi
(c)
Mengadakan lawatan sambil
belajar
(d)
Memperbanyak/ menambah pusat penyelidikan
(e)
Menyediakan anugerah kepada
pereka cipta
(f)
Memperuntukkan dana yang mencukupi
(g) Menyediakan prasarana yang lengkap/ cukup
(h) Memberikan pendedahan awal berkaitan reka cipta/ memperkenalkan subjek reka cipta di sekolah
2. Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan bagaimana rakyat Malaysia dapat merealisasikan prinsip tersebut. (4m)
(a) Kepercayaan kepada Tuhan - rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada kepercayaan/ agama masing-masing
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara - rakyat Malaysia akan sentiasa setia dan mentaati Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara
(c) Keluhuran Perlembagaan - rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjadi sumber perundangan tertinggi dan rujukan penting semua pihak di Malaysia
(d) Kedaulatan undang-undang - rakyat Malaysia akan mematuhi undang-undang agar keselamatan mereka lebih terjamin (perlu ada alas an patuh)
(e) Kesopanan dan kesusilaan - rakyat Malaysia akan mengamalkan nilai-nilai murni dalam perhubungan antara satu sama lain.
Cabaran pertama yang digariskan dalam Wawasan 2020
adalah mewujudkan sebuah Negara yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama, iaitu sebuah Negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidup
dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan
didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada Negara
3. Huraikan dua strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran pertama dalam Wawasan 2020 di atas. (4m)
(a) Mewujudkan sekolah wawasan - pelajar belajar bersama-sama di bawah satu bumbung tanpa mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemudahan asas.
(b) Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara - semua remaja/ rakyat Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia digalakkan menyertai program ini dengan hasrat mewujudkan integrasi antara peserta/ saling berinteraksi/ bekerjasama/ bertoleransi ke arah perpaduan Negara
(c) Mempelbagaikan komposisi kaum dalam sektor pekerjaan - dalam sesebuah jabatan/ organisasi, tidak hanya diberi tumpuan kepada kaum tertentu sahaja.
(d) Melaksanakan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) - kegiatan peringkat sekolah dan antara sekolah yang melibatkan semua kaum.
(e) Mengadakan program kemasyarakatan-penyertaan anggota masyarakat dalam program yang boleh meningkatkan kerjasama
4. Nyatakan tiga tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan. (3m)
(a) Mengurangkan bebanan
kewangan kerajaan
(b) Meninggikan/ meningkatkan kecekapan dan penghasilan kerja
(c)
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara.
(d) Mengagihkan sumber dan kecekapan / pembahagian sumber serta kecekapan
(e) Mempercepat pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
2016(U)
1. Senaraikan tiga petunjuk berlaku perkembangan ekonomi Negara Malaysia. (3m)
(a) Pembinaan kemudahan asas meningkat
(b) Peningkatan pendapatan
(c) Kadar kemiskinan berkurang
(d) Peningkatan pelaburan
asing
2. Nyatakan empat cara untuk memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara. (4m)
(a) Mengurangkan aktiviti penebangan pokok
(b) Mengelakkan pembakaran terbuka
(c) Menjaga kebersihan alam sekitar
(d) Menggunakan sumber tenaga alternatif
Prinsip keempat Rukun Negara: Kedaulatan Undang-undang
3. Huraikan dua kesan kepada Negara jika prinsip di atas tidak diamalkan. (4m)
(a) Ekonomi Negara merosot- Kegiatan yang bertentangan dengan umdang-undang seperti penyeludupan dan penipuan perdagangan berleluasa
(b) Keselamatan rakyat terancam- Rakyat akan rasa tidak selamat kerana kadar jenayah meningkat
(c) Imej Negara tercemar- Keadaan Negara akan huru-hara kerana rakyat tidak mematuhi undang-undang dan menyebabkan imej negara terjejas
4. Pembangunan alam sekitar turut menjadi agenda
penting dalam beberapa dasar Negara. Nyatakan empat dasar tersebut. (4m)
(a) Dasar Sains dan teknologi
(b) Dasar Perhutanan Negara
(c) Dasar Bioteknologi
(d) Dasar Pertanian Negara
(e) Dasar Teknologi Hijau
2017
1. Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing (3m)
(a) Wujudnya perpaduan
(b) masalah sosial berkurang
(c) Jenayah berkurang
(d) Ekonomi akan berkembang/ meningkat
(e) Wujudnya masyarakat bermoral/ beretika/ berdisiplin/ berakhlak
(f) Wujudnya negara yang aman/ harmoni
(g) Jati diri/ keperibadian meningkat
2. Senaraikan empat faktor yang melambatkan pencapaian hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika di Malaysia. (4m)
(a) Pengaruh media komunikasi / massa
(b) sikap yang mengutamakan kemewahan/ kebendaan / materialistik
(c) Pengaruh negatif masyarakat
(d) Penguatkuasaan / pelaksanaan undang-undang yang longgar/ tidak ketat
(e) Kepincangan masalah sosial dalam masyarakat
(f) Kurangnya pegangan agama / penghayatan agama
3. Nyatakan empat strategi untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif di Malaysia. [4m]
(a) Mengadakan projek koridor raya multi media (MSC)
(b) Memeperbanyak sekolah bestari
(c) Memantapkan mata pelajaran teknologi maklumat / reka cipta
(d) Menambahkan pusat pendidikan teknikal dan vokasional
(e) Menggalakkan aktiviti R&D dalam bidang sains dan teknologi
(f) Meningkatkan industry berteknologi tinggi
(g) Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer / ICT
4. Berikan empat bidang keberhasilan utama (NKRA) dalam program mentranformasikan kerajaaan. (4m)
(a) Jenayah
(b) Rasuah
(c) Pendidikan
(d) Luar Bandar
(e) Pengangkutan
2017(U)
1. Nyatakan tiga kebaikan pelaksanaan percukaian barangan dan perkhidmatan (GST). [3m]
(a) Menjana pendapatan negara.
(b) Mendidik pengguna untuk berjimat cermat.
(c) Perbelanjaan dihadkan kepada barangan keperluan sahaja.
(d) Sistem percukaian menjadi lebih cekap.
2. Berdasarkan Rukun Negara, nyatakan empat cita-cita Malaysia. [4m]
(a) Membina masyarakat yang progresif dalam sains dan teknologi.
(b) Mewujudkan masyarakat yang adil.
(c) Memelihara satu cara hidup demokratik.
(d) Membina satu masyarakat yang liberal.
3. Berikan empat langkah strategik untuk mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing berasaskan Model Ekonomi Baru. [4m]
(a) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
(b) Membangunakan sektor swasta.
(c) Mewujudkan tenaga kerja yang bermutu.
(d) Meningkatkan daya saing ekonomi domestik.
(e) Memantapkan sektor awam.
4. Senaraikan empat dasar awam yang memupuk nilai-nilai murni demi kesejahteraan negara. [4m]
(a) Dasar Wawasan Negara
(b) Dasar Pembangunan Nasional.
(c) Dasar Sosial Negara.
(d) Dasar Pertanian Negara
(e) Dasar Sukan Negara
(f) Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
2018
1. Nyatakan tiga cara kerajaan untuk mengukuhkan pengurusan kewangan awam. [3m]
(a) Berbelanja secara berhemah.
(b) Menguruskan pendapatan dengan cekap.
(c) Menjalankan pemantauan pengurusan kewangan awam.
(d) Menggunakan teknologi moden dalam pemungutan cukai.
(e) Memantapkan pengurusan kewangan awam.
2. Jelaskan dua faktor penghalang kepada integrasi kaum. [4m]
(a) Kawasan penempatan. Penempatan kaum secara berkelompok mengikut kawasan yang berbeza menjadi penghalang pergaulan dan komunikasi.
(b) Ekonomi. Kaum dikenali mengikut jenis pekerjaan dan hal ini mewujudkan jurang perbezaan dari segi status ekonomi.
(c) Pendidikan. Kewujudkan sekolah venikular mengasingkan kaum dan menyukarkan perpaduan.
(d) Sikap perkauman. Anggota masyarakat berpegang teguh kepada sikap perkauman dan hal ini menyukarkan integrasi.
3. Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga. [4m]
(a) Meluaskan pasaran pertanian ke seluruh dunia. Menjalinkan hubungan perdagangan dan meningkatkan promosi.
(b) Memajukan kegiatan perhutanan sebagai usaha sama. Meningkatkan pengeluaran pertanian dan sumber pertanian secara bersama.
(c) Membangunakan industri berasaskan pertanian. Menghasilakan produk yang dapat memenuhi citarasa dan berdasarkan permintaan pengguna.
(d) Memaksimumkan penggunaan sumber. Menggunakan sumber-sumber asli secara berhemat.
4. Jelaskan dua prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. [4m]
(a) Berteraskan kebudayaan masyarakat setempat. Budaya ini meliputi cara hidup masyarakat setempat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
(b) Mengintegrasikan unsur kebudayaan lain. Menyerap unsur budaya bangsa lain masyarakat Malaysia yang sesuai dan selaras dengan perlembagaan.
(c) Agama islam sebagai unsur penting. Pembentukan kebudayaan kebangsaan berteruskan islam.
1. Berikan empat faedah kepelbagaian biodiversiti kepada masyarakat tempatan. (4m)
(a) Menyediakan tempat riadah atau rekreasi.
(b) Sumber makanan.
(c) Sumber perubatan moden dan tradisional.
(d) Sumber udara segar atau oksigen.
(e) Tempat Penyeldikan dan pembangunan.
2. Huraikan dua kesan penghayatan Rukun Negara oleh rakyat Malaysia. (4m)
(a) Memupuk semangat cintakan negara.
(b) Mengeratkan perpaduan kaum.
(c) Mengekalkan cara hidup demokratik.
(d) Menghormati undang-undang negara.
(e) Mengamalkan ajaran agama.
(f) Mewujudkan masyarakat yang adil.
3. Terangkan dua kesan utama kestabilan politik terhadap pembangunan negara. (4m)
(a) Memelihara kedaulatan negara.
(b) Merancakkan pembangunan negara.
(c) Meningkatkan ekonomi
(d) Menjamin keamanan dan keselamatan negara.
4. Berikan tiga tujuan dasar –dasar pembangunan negara dibentuk. (3m)
(a) Memperkukuhkan perpaduan negara
(b) Memajukan sumber manusia.
(c) Mengingkatkan kualiti hidup masyarakat
(d) Memaksimakan pengunaan sumber
No comments:
Post a Comment