Friday, 9 April 2021

【PPSEM2】STPM Soalan Past Year Pengajian Perniagaan - Pembuatan Keputusan

 




Pembuatan Keputusan


STPM 2013

1. (i) Dua jenis keputusan dalam pengurusan organisasi pengeluaran automobil :

·           Keputusan rutin

-keputusan yang dibuat berdasarkan masalah yang biasa berlaku

-masalah ini dapat dijangka dan boleh diatasi dengan menyediakan dasar, polisi, prosedur, dan peraturan

-keputusan yang boleh diprogramkan

-contoh, masalah pembelian komponen yang biasa bagi pengeluaran automobile


·          Keputusan tidak rutin

-keputusan tidak dirancang dan digunakan pada masa tertentu sahaja

-digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak berstruktur seperti menghadapi persaingan daripada pengeuar automobil yang lain /pekerja berhenti secara tiba-tiba

-keputusan ini dikenal sebagai keputusan yang tidak deprogram

 

(j) Dua kebaikan penggunaan alat pembuatan keputusan dalam bentuk data dan graf :

-persembahan grafik lebih jelas dan mudah difahami

-menjimatkan kos masa dan tenaga

 

STPM 2013 (U)

1. (i) Dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengutip data dalam proses pembuatan keputusan :

·         Soal selidik

-penyelidik perlu memberikan set soal selidik kepada responden untuk mendapatkan maklumat

-maklum balas yang diberikan akan dijadikan data/sumber bagi membuat sesuatu keputusan

·         Temu bual

-penyelidik perlu berjumpa dan menemu bual pihak yang terlibat atau responden sesuatu isu untuk membuat keputusan yang dikehendaki

 

(j) Dua faktor yang boleh mempengaruhi pembuatan keputusan :

·          Faktor kedapatan maklumat

-merangkumi cara atau kaedah, kualiti, kuantiti dan jangka masa mendapat maklumat yang berkaitan dengan pembuatan keputusan

·         Faktor kecekapan pembuat keputusan

-meliputi aspek pengalaman, pengetahuan, ciri-ciri personaliti yang ada pada pembuat keputusan

 

STPM 2014

1. (e) Tiga proses membuat keputusan dalam mengenal pasti perniagaan baharu :

-mengenal pasti masalah yang sedang dihadapi oleh perniagaan sedia ada

-mengutip data iaitu kumpul maklumat inventori perniagaan yang sedia ada di kawasan yang dipilih untuk kenal pasti kekurangan yang ada dan maklumat berkaitan setiap perniagaan sedia ada melalui kaji selidik, pemerhatian dan maklum balas daripada pelanggan

-menganalisis data iaitu membuat penilaian terhadap data yang telah dikumpul

 

(h) Teknik Delphi :

-kaedah pembuatan keputusan yang kreatif dan memerlukan masa yang lama

-ahli kumpulan akan menyumbangkan idea melalui beberapa pusingan

-ahli tidak akan bersemuka dan identiti ahli dirahsiakan

 

Teknik Nominal :

-kumpulan panel yang berstruktur yang memberi peluang kepada ahli untuk memberi idea dan alternatif

-digunakan untuk mendapatkan idea yang terhad

-keputusan dibuat melalui persetujuan majoriti dalam masa yang singkat

 

(i) Tiga faktor kedapatan maklumat dalam pembuatan keputusan lokasi perniagaan :

·         Cara mendapatkan maklumat

-jika cara mendapatkan maklumat adalah jelas dan sumber yang sahih, maka keputusan adalah baik

-contoh cara mendapatkan maklumat tentang lokasi perniagaan boleh dilakukan dengan melakukan soal selidik kepada bakal pelanggan dan membuat pemerhatian terhadap persaingan

-maka, kaedah yang digunakan adalah menyeluruh dan seterusnya pemilihan lokasi perniagaan adalah tepat

·         Kuantiti maklumat

-sekiranya maklumat yang diperoleh adalah banyak dan dari pelbagai sumber, maka keputusan pemilihan lokasi perniagaan adalah tepat

·         Jangka masa mendapatkan maklumat

-sekiranya mempunyai jangka masa panjang, maka maklumat lebih banyak dan berkualiti, keputusan lokasi perniagaan juga lebih tepat

 

STPM 2014 (U)

1.(i) Maksud pembuatan keputusan :

-merujuk kepada suatu proses penyelesaian masalah dengan memilih satu cara atau tindakan yang terbaik antara beberapa alternative

 

(ii) Tiga kebaikan pembuatan keputusan menggunakan Teknik Delphi :

-boleh memperoleh idea yang banyak daripada pelbagai pihak

-setiap idea dan pendapat yang diperoleh perlu dirahsiakan identiti orang yang memberi idea dan pendapat tersebut

-amat sesuai untuk mendapatkan idea yang berkaitan dengan isu-isu sensitive

 

(j) Dua faktor situasi pembuatan keputusan :

·         Pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian

-situasi pembuat keputusan mempunyai maklumat yang lengkap, tepat dan jelas tentang punca masalah dan alternatif penyelesaian

-kesannya, hasil yang akan diperoleh daripada keputusan yang dibuat adalah lebih tepat

·         Pembuatan keputusan dalam keadaan risiko

-situasi pembuat keputusan mempunyai maklumat yang kurang lengkap, cukup dan jelas tentang punca masalah

-kesannya,hasil yang akan diperoleh daripada keputusan yang dibuat adalah tidak jelas dan masih tertakluk kepada keberangkalian

 

STPM 2015

1. (i) Tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan yang menngunakan kaedah statistik deskriptif :

·         Mengenal pasti masalah

-pembuat keputusan perlu mengenal pasti punca /sebab masalah dan mentakrifkannya dengan jelas

-contoh, pengurus mendapati untung syarikat telah merosot, maka pengurus harus mengenal pasti sama ada disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran, penurunan dalam permintaan atau sebab lain

·         Mengutip data

-pengurus harus mengutip data daripada sumber dalaman organisasi atau sumber luaran organisasi seperti pasaran dan pengguna

-contoh, kaedah yang boleh digunakan adalah soal selidik, temu bual, bahan bukti, pemerhatian

·         Menganalisis data

-pengurus harus menganalisis maklumat untuk mengesahkan masalah sebenar yang dihadapi oleh syarikat

-contoh, pengurus boleh mengkaji data tentang  trend kos pengeluaran tahun yang lepas sebagai langkah untuk mengurangkan kos pengeluaran

 

(j) Tiga faktor kecekapan pembuat keputusan :

·         Personaliti

-jika pengurus bersikap konservatif, dia akan sentiasa berhati-hati dalam mengambil tindakan manakala pengurus yang bersikap kesempurnaan  mementingkan keputusan yang lengkap

·         Kreativiti

-kemampuan menjana idea baharu untuk menyelesaikan masalah

·         Kebijaksanaan

-merujuk kepada tahap pengetahuan, pengalaman, pendidikan yang dimiliki oleh seseorang mempengaruhi proses membuat keputusan

 

STPM 2015 (U)

1. (j) Jenis keputusan yang dibuat oleh Syarikat Maju untuk membuka cawangan baharu di luar negara :

-keputusan tidak rutin kerana ianya jarang berlaku

-masalah yang tidak dapat dijangka dan keputusan yang diambil tepat dan betul atau sebaliknya

-keputusan perlu banyak maklumat dan data supaya keputusan yang diambil adalah tepat dan betul

 

(j) Faktor kedapatan maklumat memberikan pengaruh kepada pembuatan keputusan oleh sebuah syarikat membuat pakaian :

·         Ketersediaan maklumat /cara mendapatkan maklumat dan masa

-maklumat boleh diperoleh pada bila-bila masa yang diperlukan

-maklumat hendaklah disimpan secara sistematik supaya mudah diperoleh

 -contoh, semua maklumat pembekal kedai runcit, semua maklumat pembekal barang kedai seperti     alamat, harga disimpan dalam pengkalan data dan mudah diakses pada bila-bila masa dikehendaki

·       

       Maklumat yang lengkap/kuantiti maklumat

-maklumat perlu lengkap dan sentiasa dikemas kini

-contoh, maklumat pembekal perlu lengkap alamat, jenis kuantiti bekalan, kuantiti yang boleh dibekalkan


·       Ketepatan maklumat

-maklumat mesti tepat dan menggambarkan keadaan sebenar

-sumber maklumat perlu sah dan boleh dipercayai

-contoh, maklumat dan data penduduk taman perumahan adalah terdiri daripada berpendapatan tinggi untuk menjual barang yang berjenama


·       Maklumat yang bersesuaian/kualiti maklumat

-maklumat mengikut kesesuaian dengan masalah yang dibincangkan

-contoh, trend pakaian masa kini merupakan malumat yang penting kepada kedai butik pakaian

 

STPM 2016

1.(h) Konsep keputusan rutin :

-masalah yang biasa dan sering berlaku

-masalah telah dapat dijangka dan boleh diatasi dengan menyediakan dasar, polisi dan peraturan dalam organisasi

-menggunakankaedah yang telah disediakan atau berstuktur seperti prosedur atau garis panduan

 

 Keputusan tak rutin :

-masalah yang jarang atau tidak pernah berlaku

-masalah yang baharu dan tidak dijangka, tidak ada prosedur standard yang boleh dijadikan panduan

-menggunakan kaedah yang tidak berstuktur atau tidak diprogram

 

(j) Dua faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan untuk mengeksport produk makanan ke luar negara :

·         Kedapatan maklumat

-kaedah mendapatkan maklumat mengenai negara pengeksport dari aspek politik, perundangan, citarasa pengguna dan kuasa beli, sosio budaya, dan taraf hidup dan pendapatan penduduknya

-kualiti dan kuantiti maklumat  dan jangka masa memperoleh maklumat perlu diberi perhatian

·         Kecekapan pembuat keputusan

-kebijaksanaan dan kemahiran membuat keputusan yang tepat berdasarkan kepada pengalaman dan taraf pendidikannya

-personaliti dan nilai-nilai yang diamalkan dan kreativiti juga mempengaruhinya

-contoh, mengesan peluang meluaskan pasaran ke negara timur tengah

 

STPM 2016 (U)

1.(i) Tiga aspek yang boleh dipertimbangkan oleh pengurus semasa melaksanakan langkah ini :

-meniali alternatif dari aspek keupayaan kewangan syarikat atau modal sama ada syarikat mampu alternatif tersebut atau sebaliknya

-menilai alternatif dari aspek keberuntungan yang akan diperoleh sekiranya memilih sesuatu alternatif dengan membandingkan kos dan manfaat atau hasil yang akan diterima

-menilai alternatif dari aspek keupayaan dan kemahiran sumber manusia yang diperlukan dalam melaksanakan alternatif tersebut sama ada melatih pekerja sedia ada atau merekrut pekerja baharu

 

STPM 2017

1. (j) Faktor kecekapan pembuat keputusan yang perlu ada pada seseorang pegurus untuk mencapai matlamat organisasi :

·         Personaliti

-orang yang konservatif berhati-hati mengambil keputusan apabila melibatkan risiko tinggi dan cekap membuat keputusan berisiko rendah

·         Kreativiti

-pembuat keputusan mencari idea baharu dengan menggunakan pelbagai kaedah pembuatan keputusan seperti sumbang saran

 

STPM 2017 (U)

1.(i) Langkah kedua dan ketiga dalam proses pembuatan keputusan :

·         Mengutip data

-data yang relevan dengan masalah yang dikenal pasti dikumpulkan

-semakin banyak dan tepat maklumat yang diperoleh kebarangkalian keputusan yang tepat akan diperoleh

·         Menganalisis data

-data yang telah dikutip dianalisis menggunakan teknik tertentu untuk mendapat punca-punca masalah

-pengurus perlu memastikan data yang dikutip mempunyai kualiti dan boleh dipercayai

 

(j) Tiga faktor situasi terhadap pembuatan keputusan :

·         Kepastian

-melibatkan maklumat yang sifatnya tepat atau tidak beubah-ubah atau tetap keadaannya

-risiko yang minimum, masalah yang dihadapi diketahui sepenuhnya daripada aspek punca masalah melalui pengalaman

·         Risiko

-melibatkan maklumat yang tidak menentu atau kurang tepat atau tidak lengkap

-risiko kemungkinan keputusan akan gagal atau berkesan

·         Ketidakpastian

-melibatkan maklumat yang tidak dapat diramalkan atau melibatkan faktor-faktor yang sifatnya selalu berubah-ubah

-tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai masalah daripada aspek punca dan cara penyelesaianya

 

STPM 2018

9.(a) Dua jenis keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus pengeluaran dalam kilang membuat kasut :

·         Keputusan rutin

-keputusan yang dibuat berdasarkan sesuatu masalah yang biasa berlaku

·         Keputusan tak rutin

-keputusan yang akan dibuat terhadap sesuatu masalah yang tidak dapat dijangkakan

 

(b) Satu contoh bagi setiap jenis keputusan tersebut :

-contoh, keputusan rutin yang akan dilakukan oleh pegawai pembelian di kilang membuat kasut adalah membuat pesanan kain untuk membuat kasut daripada pembekal jika stok kain semakin berkurangan

-contoh, keputusan tak rutin adalah kenaikan harga bahan mentah PVC kasut yang diimport dari negara China akibat keadaan tukaran mata wang asing yang meningkat

 

STPM 2018 (U)

8.(a) Maksud :

 Min- purata semua nombor dalam sampel

 Mod- nombor yang berulang paling kerap dalam set data atau sampel

 Median- titik tengah nombor setelah disusun menarik

 

(b) Hitung :

Min =23+66+62+45+88+53+45+35+70

                            9

        = 487

             9

        =54.11

 

Mod =45

Median = 23,35,45,45,53,62,66,70,88

               = 53

 

9. Dua faktor kecekapan pembuat keputusan yang perlu ada pada seseorang pengurus untuk mencapai matlamat organisasi :

·         Personaliti

-orang yang konservatif berhati-hati mengambil keputusan apabila melibatkan risiko tinggi dan cekap membuat keputusan berisiko rendah

·         Kreativiti

-pembuat keputusan mencari idea baharu dengan menggunakan pelbagai kaedah pembuatan keputusan seperti sumbang saran

 

10. Tiga pengaruh faktor situasi terhadap pembuatan keputusan :

  •   Kepastian

-melibatkan maklumat yang sifatnya tepat atau tidak beubah-ubah atau tetap keadaannya

-risiko yang minimum, masalah yang dihadapi diketahui sepenuhnya daripada aspek punca masalah melalui pengalaman

  •  Risiko

-melibatkan maklumat yang tidak menentu atau kurang tepat atau tidak lengkap

-risiko kemungkinan keputusan akan gagal atau berkesan

  •  Ketidakpastian

-melibatkan maklumat yang tidak dapat diramalkan atau melibatkan faktor-faktor yang sifatnya selalu berubah-ubah

-tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai masalah daripada aspek punca dan cara penyelesaianya

 

13. Lima langkah dalam proses membuat keputusan rasional bagi mengatasi masalah kemerosotan jualan kereta bagi Syarikat XYZ :

·         Mengenal pasti masalah

- pembuat keputusan perlu mengenal pasti punca /sebab masalah dan mentakrifkannya dengan jelas

-contoh, pengurus mendapati untung Syarikat XYZ telah merosot, maka pengurus harus mengenal pasti sama ada disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran, perubahan cita rasa pengguna, promosi yang tidak tepat, jurujual tiada kemahiran jualan atau sebab lain

·         Mengutip data

-pengurus harus mengutip data daripada sumber dalaman organisasi atau sumber luaran organisasi seperti pasaran dan pengguna

-semakin banyak dan tepat maklumat yang diperoleh maka kebarangkalian mendapat keputusan yang tepat akan diperoleh

-contoh, kaedah yang boleh digunakan untuk mengutip data terhadap masalah kemerosotan jualan kereta adalah soal selidik, temu bual, bahan bukti, pemerhatian

·        Menganalisis data

-pengurus harus menganalisis maklumat untuk mengesahkan masalah sebenar yang dihadapi oleh syarikat

-contoh, setelah dikenal pasti oleh pengurus pemasaran bahawa masalah sebenar berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran menyebabkan harga kereta juga turut meningkat. Kesannya, masalah kemerosotan jualan kereta diwujudkan di Syarikat XYZ

·         Menjana alternatif

-perlu mendapatkan dan menyenaraikan pelbagai pilihan alternatif yang boleh menyelesaikan masalah

-pembuat keputusan memerlukan masa yang mencukupi untuk berbuat demikian berdasarkan data yang dianalisis

·         Menilai alternatif

-analisis SWOT berupaya membantu pengurus dalam menganalisis data

-menilai daripada segi kecukupan maklumat sama ada risiko atau tidak, menilai sama ada realistic

-mengambil kira masalah dan kekangan yang mungkin wujud dalam perlaksanaan alternatif

-contoh, kemampuan syarikat XYZ daripada sumber kewangan, kos penyelenggaraan dan sebagainya akan diberi keutamaan dalam pemilihan alternatif

·         Memilih alternatif

 -alternatif yang pilih seharusnya menjanjikan hasil terbaik dan menguntungkan organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang

-pemilihan alternatif terbaik berdasarkan keupayaan syarikat dan peserkitaran organisasi


No comments:

Post a Comment