Wednesday, 23 June 2021

【EKOSEM2】STPM Makroekonomi Fokus Soalan Objektif (QnA) - Bab5 Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa (常问的问题)

 


BAB 5: Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa

 

1. Data imbangan pembayaran

Butiran

RM (juta)

Malaysia mengimport beras dari Thailand

677 (-)

Malaysia mengeksport kelapa sawit ke China

1045 (+)

Rakyat Malaysia belajar di Singapura

48 (-)

Rakyat Brunei melancong ke Malaysia

189 (+)

Buruh Filipina di Malaysia menghantar wang balik ke Filipina

1169 (-)

Akaun semasa Malaysia mengalami

Ans: defisit RM 660 juta


2. Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menikmati faedah yang berikut, kecuali

Ans: mencapai tingkat guna tenaga penuh

✅Memperluas pasaran

✅Mempelbagaikan pilihan barangan

✅Memperoleh faedah daripada pengkhususan

 

3. Jika negara M mengeluarkan barang tertentu pada kos lepas yang lebih rendah berbanding negara N, maka

Ans: negara M menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang tersebut

(Faedah berbanding bermaksud faedah yang dinikmati oleh sebuah negara apabila negara tersebut sanggup mengeluarkan sesuatu barang dengan kos lepas yang lebih rendah berbanding dengan negara lain)

 

4. Sesebuah negara melakukan perdagangan antarabangsa disebabkan perbezaan dalam

Ans: anugerah faktor pengeluaran

 

5. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah defisit dalam imbangan akaun semasa

Ans: pengurangan import perkhidmatan dari negara asing

 

6. Nilai Ringgit Malaysia akan menurun sekiranya

Ans: Malaysia mencapai imbangan pembayaran defisit

 

7. BUKAN tujuan kerajaan mengamalkan sekatan perdagangan

Ans: memperbaiki pindahan semasa defiit

✅Mengurangkan pengangguran

✅Meningkatkan keluaran negara

✅Menentang dasar lambakan negara asing

 

8. Tujuan pengenaan kuota ke atas barang import

Ans: mengelakkan lambakan keluaran asing di pasaran domestik

 

9. Menurut Teori Faedah Berbanding, sesebuah negara akan mengkhusus dan mengeksport suatu barang jika negara tersebut mempunyai

Ans: harga relatif yang rendah

 

10. Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pengurangan bekalan wang akan menyebabkan

Ans: kadar bunga meningkat, manakala pelaburan perbelanjaan agregat dan pendapatan negara menurun

 

No comments:

Post a Comment