BAB 4: Wang, Bank dan Dasar Kewangan
1.Penurunan Indeks Harga Pengguna
menyebabkan
Ans: peningkatan kuasa beli wang
(IHP dan kuasa beli wang adalah
bersifat songsang. Semakin tinggi IHP, semakin rendah kuasa beli wang dan
sebaliknya.)
2. Penawaran wang (M)= RM 600 juta
Halaju wang (V)= 5
Jumlah urus niaga (T)= 150 juta unit
Menurut Teori Kuantiti Wang,
peningkatan penawaran wang kepada RM 750 juta menyebabkan harga meningkat
daripada RM 20 kepada
Ans:
MV=PT
750(5)=P(150)
P=RM 25
3. Manakah yang akan mengalihkan
keluk permintaan wang ke kiri
Ans: Jangkaan harga bon akan turun
pada masa depan
*Perkembangan tingkat teknologi,
peningkatan pendapatan negara nominal akan meningkat permintaan wang (ke kanan)
4. Permintaan wang untuk spekulasi
bergantung kepada
Ans: kadar bunga
5. Indeks nilai wang diukur
berdasarkan
Ans: indeks harga pengguna
6. Pertambahan penawaran wang pada
keadaan perangkap kecairan akan menyebabkan kadar bunga
Ans: tidak berubah
7. Fungsi Bank Negara Malaysia
sebagai jurubank kepada bank perdagangan
Ans: memberi pinjaman terakhir
* Fungsi Bank Negara Malaysia
sebagai jurubank kepada kerajaan
Mentadbir akaun kerajaan
Memberi pendahuluan sementara
Membantu mengawal kadar pertukaran
asing
8. Manakah dasar kewangan yang
diambil oleh bank pusat untuk mengatasi masalah inflasi
Ans: menjual bon kerajaan
(Semasa inflasi, bank pusat
mengurangkan bekalan wang di dalam pasaran bagi mengatsi masalah inflasi. Maka
menjual bon kerajaan dapat mengurangkan aliran mata wang dalam pasaran dan
mengurangkan kadar inflasi)
9.
Aset (RM) |
Liabiliti
(RM) |
Rizab tunai 22 000 |
Deposit semasa 88
000 |
Pinjaman 66 000 |
|
Jumlah 88 000 |
Jumlah 88 000 |
Ans: (RT/DS)x 100
(22000/88000)x 100
=25%
10. Apabila sesebuah ekonomi
mengalami perangkap kecairan, keluk permintaan wang
Ans: mendatar terhadap kadar bunga
No comments:
Post a Comment