Tuesday, 10 May 2022

【PASEM3】Nota Khas: Isi-isi penting mengikut tema (Bahagian B & C)



Penekanan kepada 4 Tema sahaja: Ekonomi, Sains dan teknologi, Sosiobudaya, dan Politik


(A) Aspek Ekonomi

1. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran

• Teknologi (mempertingkat penggunaan teknologi: langkah)

• Iklim

• Keluasan kawasan penanaman (keluasan terhad: huraian)

• Tanah tanih (... yang subur: huraian melibatkan kata sifat tidak diterima

• Harga pasaran antarabangsa

• Serangan penyakit

Nota: Faktor: tanpa kata kerja dan kata sifat


2. Faktor-faktor yang mempengaruhi eksport

• Kualiti produk

• Kedudukan Ringgit berbanding mata wang lain

• Produk saingan negara lain

• Harga pasaran antarabangsa

• Ekonomi antarabangsa

• Penerokaan pasaran baharu


3. Langkah-langkah untuk meningkatkan eksport

• Meningkatkan kualiti barangan

• Mempelbagaikan hasil keluaran

• Mengenakan kos yang kompetitif

• Mengadakan misi perdagangan ke luar negara

• Melengkapkan kemudahan prasarana fizikal dan perkhidmatan

• Kerjasama dengan negara pengimport

• Mengadakan pembelian timbal balik


4. Faktor politik yang mempengaruhi corak eksport Malaysia

• Kestabilan politik Malaysia

• Hubungan serantau/kejiranan

• Hubungan antarabangsa

• Fahaman/ideologi pemerintah

• Dasar kerajaan


5. Kesan imbangan dagangan defisit berterusan (import melebihi eksport)

• Ekonomi negara terjejas (pendapatan negara merosot: huraian)

• Kegiatan pengeluaran dan ekonomi merosot/gagal berkembang

• Meningkatkan harga produk tempatan: pengeluaran merosot

• Menjejaskan nilai Ringgit: penurunan kuantiti eksport

• Mengurangkan pegangan rizab asing


6. Faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI)

• Kos buruh/tenaga kerja

• Infrastruktur

• Dasar berkaitan FDI

• Pasaran modal

• Politik semasa

 

7. Faedah pelaburan asing (FDI) kepada negara

• Menjanakan lebih banyak peluang pekerjaan

• Meningkatkan hasil/pendapatan negara

• Pemindahan teknologi dan kemahiran baharu

• Peningkatan taraf hidup penduduk

• Meningkatkan produktiviti negara

• Pengaliran masuk wang

• Membangunkan kawasan baharu


8.Langkah meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI)

• Menawarkan tenaga kerja yang murah

• Mempromosikan peluang pelaburan

• Menyediakan insfrastruktur yang lengkap

• Memastikan situasi politik yang stabil dan tadbir urus yang baik

• Menggubal dasar pelaburan

• Menawarkan pinjaman kewangan tempatan yang fleksibel


9. Kesan negatif kemasukan pelabur asing

• Saingan kepada firma tempatan

• Menjejaskan imbangan pembayaran

• Persaingan dengan pekerja tempatan

• Menjejaskan sosiobudaya

• Risiko pencemaran alam sekitar


10. Faktor yang mempengaruhi hubungan dagangan

• Perjanjian dagangan dua hala (FTA)

• Pembelian timbal balik

• Kewujudan hubungan strategik

• Pengeluaran produk yang berbeza

• Hubungan kejiranan

• Memenuhi permintaan dalam negara


11. Manfaat hubungan bilateral dan multilateral (hubungan perdagangan)

• Sumber bahan mentah

• Sumber tenaga kerja

• Teknologi moden

• Pasaran

• Kemasukan modal asing / pelaburan asing

• Tenaga pakar

• Sumber bahan mentah


12. Persaingan dalam mengembangkan ekonomi antara Malaysia dan jirannya (sebab/persaingan dari aspek apa)

• Mengeluarkan produk/komoditi yang sama: bersaing dalam pasaran .

• Keperluan kepada modal dari luar: merebut pelaburan dan kemasukan teknologi

• Muka bumi dan iklim yang sama: aset yang bersamaan dalam memajukan ekopelancongan

• Persamaan rumpun budaya: aset yang hampir sama dalam memasarkan asset pelancongan

• Penguatkuasaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

• Menguasai kawasan kaya sumber galian

 

13. Sebab-sebab harga makanan asas Malaysia rendah

• Peruntukan subsidi

• Sistem kawalan harga

• Pengeluaran tempatan yang tinggi

• Peningkatan dalm penggunaan teknologi


14. Langkah mengurangkan pergantungan bahan makanan import

• Menggalakkan setiap isi rumah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan

• Meningkatkan keluasan kawasan tanaman

• Memberi latihan kemahiran kepada petani

• Menggunakan alatan / mesin moden / teknologi moden

• Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan

• Menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian

• Mentransformasi corak pertanian


15. Kesan inflasi kepada negara

• Peningkatan harga barang secara berterusan

• Pertambahan kos pengeluaran

• Menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara

• Menjejaskan jumlah eksport

• Kos sara hidup meningkat


16. Impak positif kedatangan pelancong

• Perkembangan kepada ekonomi negara (peningkatan pendapatan negara: huraian

• Pengekalan dan pemeliharaan alam sekitar

• Peningkatan kemudahan infrastruktur

• Membuka peluang pekerjaan

• Pengekalan dan pemeliharaan budaya


17. Usaha meningkatkan kedatangan pelancong

• Mengadakan kempen menarik pelancong

• Memudahkan pengeluaran visa

• Meningkatkan tahap keselamatan

• Meningkatkan tahap kebersihan

• Mempelbagaikan produk pelancongan

• Meningkatkan kemudahan infrastruktur


18. Ukuran asas ke atas kekukuhan ekonomi sesebuah negara

• Kadar pengangguran yang rendah

• Kadar inflasi yang terkawal

• Pegangan rizab asing yang kukuh

• Pasaran eksport yang masih kukuh


19. Cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia

• Persaingan

• Kepakaran / kemahiran

• Penggunaan sumber

• Teknologi

• Nilai mata wang / kadar pertukaran asing

• Modal

 

20. Strategi kerajaan meningkatkan pendapatan dan menangani kelembapan ekonomi semasa

• Mengubah sistem pencukaian: melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan

• Mengambil langkah penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan: menangguh program negara seperti PLKN dan kajian pemberian geran kepada Badan Berkanun, GLC menjadual pembelian aset tidak kritikal

• Merancakkan industri pelancongan secara keseluruhan: visa percuma/visa selepas ketibaan

• Merangsang penglibatan swasta bagi merancakkan ekonomi domestik

• Galakan pelancongan dalam negara

• Beli barangan buatan Malaysia


21. Faktor yang mempengaruhi kedudukan nilai Ringgit

(a) Faktor dalaman

• Pelbagai isu berkaitan pengurusan kewangan negara

• Asas ekonomi semasa (kadar pengangguran, inflasi dan rizab antarabangsa)

(b) Faktor luaran

• Eksport produk utama (membawa kepada peningkatan nilai)

• Penarafan agensi antarabangsa (contoh: oleh Fitch Ratings)

• Krisis kewangan antarabangsa (Krisis Greece)

• Pengukuhan mata wang utama dunia seperti dolar Amerika

• Perubahan dasar/kepimpinan/tindakan negara kuasa besar utama


22. Kesan negatif kejatuhan nilai Ringgit berterusan

• Kos import meningkat

• Kemerosotan pegangan rizab asing (pengaliran keluar modal/bayaran hutang luar)

• Peningkatan kadar bayaran hutang

• Mengikis keyakinan pemodal

• Kos pendidikan/latihan di luar negara meningkat


23. Kesan positif kejatuhan nilai Ringgit

• Eksport lebih kompetitif

• Merangsang kemasukan pelancong asing

• Tarikan kepada kemasukan pelajar asing


24. Risiko kemerosotan eksport berterusan

• Menjejaskan nilai Ringgit

• Kuantiti pengeluaran merosot

• Menjejaskan pertumbuhan ekonomi

• Menggugat peluang pekerjaan


25. Lebihan imbangan dagangan berterusan, kesan kepada ekonomi negara

• Mengukuhkan nilai Ringgit

• Menarik kemasukan pelabur asing

• Mewujudkan lebihan pendapatan

• Meningkatkan pertumbuhan ekonomi


26. Faktor dalaman yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi

• Permintaan yang tinggi ke atas produk (bukan meningkat)

• Aliran tunai yang cergas

• Kecekapan dalam tadbir urus

• Penggunaan teknologi moden yang meluas

• Perkembangan industri sokongan

• Penglibatan aktif sektor swasta

 

(B) Aspek Sains dan Teknologi


1. Punca pemanasan global

• Kepesatan perindustrian

• Pembakaran terbuka

• Penerokaan hutan secara tidak terkawal

• Pertambahan bilangan kenderaan


2. Ancaman senjata tenaga nuklear/senjata pemusnah besar-besaran

• Alam sekitar tercemar

• Memudaratkan kesihatan

• Keselamatan negara terancam

• Merosakkan kemudahan awam dan fizikal

• Bekalan makanan musnah


3. Masalah dalam memajukkan ICT

• Kos perbelanjaan yang tinggi

• Kadar penduduk yang celik komputer rendah / kurang pengetahuan

• Tahap teknologi ICT masih rendah

• Kurang sumber tenaga mahir dalam ICT / kurang pakar

• Masalah capaian


(C) Aspek Sosial


1. Faktor penolak/pergerakan pekerja asing keluar dari negara asal

• Kemiskinan

• Kesukaran mendapat pekerjaan

• Keselamatan terancam/pergolakan politik

• Bencana alam


2. Kesan kehadiran warga asing kepada negara

• Meningkatkan masalah sosial: peningkatan kadar jenayah

• Ancaman ke atas ekonomi: seperti menguasai bidang peruncitan, pengedaran barangan

• Masalah petempatan

• Menambah tanggungan perbelanjaan kerajaan

• Ancaman kesihatan: penularan semula penyakit tertentu seperti tibi dan kusta

• Pencerobohan tanah


3. Usaha mengurangkan masalah pembantu rumah warga asing

• Penetapan gaji minimum

• Utamakan kebajikan

• Mengadakn kursus dan latihan kemahiran

• Mengetatkan peraturan pengambilan pembantu rumah warga asing


4. Faktor berkaitan negara asal berlaku kemasukan pelajar luar ke Malaysia (Faktor tolakan)

• Taraf pendidikan: rendah

• Kemudahan infrastruktur: kurang

• Sistem pendidikan: mundur

• Kos pembelajaran: tinggi

• Penawaran kursus dan kemahiran terhad

 

5. Impak kejayaan Malaysia mengeksport pendidikan

• Imej negara meningkat

• Pengukuhan nilai Ringgit

• Pertukaran kepakaran

• Penyebaran budaya asing (kuning: ditolak)

• Penyalahgunaan pas pelajar: jenayah

• Meningkat daya saing pelajar tempatan


6. Sebab-sebab Malaysia menjadi hab pendidikan antarabangsa

• Pelbagai institusi pengajian

• Kos yang rendah

• Penyediaan pelbagai kemudahan

• Keharmonian sosial dan budaya

• Kestabilan politik

• Bahasa pengantar


7. Peningkatan kes pemerdagangan manusia

• Kemiskinan di negara asal

• Kos buruh yang murah • Kurang maklumat

• Kegiatan yang menguntungkan

• Tuntutan aktiviti pelacuran


8. Kesan peningkatan kes pemerdagangan manusia

• Masalah sosial meningkat

• Kos pengurusan kerajaan meningkat

• Keselamatan negara terancam

• Imej negara terjejas


9. Ancaman lanun

• Menjejaskan aliran perdagangan/perkembangan ekonomi

• Menjejaskan kedaulatan perairan negara

• Mengancam keselamatan

• Mengancam aktiviti perikanan

• Ancaman kepada kebebasan warganegara


10. Faktor penarik kehadiran pekerja asing

• Ekonomi Malaysia

• Politik Malaysia

• Sifat rakyat Malaysia

• Agama

• Budaya


11. Malaysia sering menghantar bantuan kemanusiaan ke negara mangsa bencana

• Adanya perasaan tanggungjawab sosial

• Adanya kerjasama dan sokongan NGO/sukarelawan

• Memiliki kepakaran dalam kerja sosial

• Menzahirkan komitmen dalam organisasi antarabangsa yang dianggotai

 

12. Punca berlaku kemiskinan global

• Bentuk muka bumi

• Kesan bencana

• Keterbatasan peluang

• Kegagalan mengekspoitasi sumber sepenuhnya

• Pentadbiran yang tidak cekap


13. Langkah Malaysia dalam membantu negara miskin

• Menggalakkan pelaburan tempatan di negara Miskin

• Menawarkan khidmat kepakaran

• Menawarkan kemudahan latihan

• Meningkat hubungan dagang

• Menyumbang idea dalam persidangan dan forum


14. Faktor yang mempengaruhi jenayah pengedaran dadah

• Habuan / ganjaran / keuntungan yang besar

• Kewujudan sindiket dadah antarabangsa

• Jerat cinta siber

• Pengaruh teknologi

• Kenaifan / mudah mempercayai

• Faktor kemiskinan / kesempitan hidup


(D) Aspek Politik


1. Ancaman yang menggugat keselamatan negara

• Konflik di negara jiran/serantau

• Krisis antara negara berdekatan

• Ancaman geostrategik

• Ancaman senjata pemusnah besar-besaran

• Ancaman siber

• Ancaman ideologi/fahaman agama


2. Ancaman geostrategik terhadap Malaysia

• Lanun

• Pengedaran dadah

• Nelayan asing

• Pemerdagangan manusia

• Tuntutan bertindih dengan negara lain


3. Cabaran kepada ASEAN dalam mewujudkan kestabilan dan menggerak pembangunan serantau

• Konflik serantau (pertindihan sempadan)

• Aktiviti penyeludupan

• Masalah dalaman negara anggota (kesan kepada negara lain)

• Campur tangan kuasa besar

• Konflik agama

• Persaingan ekonomi






No comments:

Post a Comment