Contoh Soalan Esei:
1 Mencetuskan konsep ZOPFAN
- Cetusan idea Malaysia diterima oleh ASEAN
- Negara anggota ASEAN tidak bersedia menerima
kehadiran kuasa besar sama ada dalam bentuk perluasan pengaruh atau menyebelahi
mana-mana negara
- Negara anggota berhati-hati dalam mengurus
konflik agar tidak membelakangi konsep ini
2 Perisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) /
menyokong Zon Bebas Senjata Nuklear
- Didukung kuat oleh Malaysia Membebaskan ASEAN
dari percaturan kuasa besar
- Risiko kemusnahan akibat nuclear dapat dielakkan
3 Penglibatan dalam amalan demokrasi di Myanmar
- Tan Sri Razali Ismail- pegawai khas PBB ke
Myanmar merundingkan amalan demokrasi
- Ketegasan Malaysia membuatkan junta tentera
Myanmar sedia berunding tentang penerimaan demokrasi
- Peranan Malaysia menjadi faktor tegaknya
demokrasi di negara tersebut
4 Penglibatan dalam Rundingan Perjanjian Damai di
Selatan Filipina/ membantu penyelesaian damai antara Kerajaan Filipina dan MILF
(Barisan pembebasan Islam Moro)
- Malaysia komited sebagai pemudah cara terhadap
proses damai di Selatan Filipina
- Menamatkan konflik berdarah selama 40 tahun di
Filipina
- Kedamaian terbentuk dan rakyatnya dapat
menikmati masa depan yang lebih baik
- Mengekalkan keamanan di Filipina dan rantau ini
5 Mencetuskan Gerakan Kesederhanaan Global
- Cetusan idea PM ke 6
- Sumbangan dalam bentuk pemikiran
- Mempengaruhi pemikiran masyarakat sejagat untuk
menolak dan membenci perang
- Masalah boleh diselesaikan dengan rundingan
6 Peranan di Acheh
- Malaysia sebagai perunding dan penasihat di
Acheh
- Tuntutan kumpulan radikal Acheh menyebabkan
ketidaktenteraman
- Keupayaan rundingan mempengaruhi penerimaan
kuasa autonomi dan ia telah menamatkan konflik
7 Penglibatan dalam Rundingan Damai di selatan
Thailand / penyelesaian konflik di Selatan Thailand
- Pemberontakan di Selatan Thailand mengorbankan
banyak nyawa
- Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Mohd
Noor menjadi fasilitator dalam rundingan damai antara Kerajaan Thailand dengan
Barisan Revolusi Nasional
- Rundingan di Kuala Lumpur mencapai kata sepakat
bahawa rundingan adalah cara terbaik selesaikan konflik bersenjata
19. Pencemaran rentas sempadan disebabkan daripada
pelbagai punca. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan oleh Malaysia bagi
menangani masalah tersebut. Jelaskan.
1 A. Punca pencemaran rentas sempadan Letusan
gunung berapi
- Letusan gunung berapi akan menghamburkan debu
panas yang menyebabkan jerebu
- Ia membebaskan gas-gas pencemar seperti sulphur
yang mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan
- Letusan gunung berapi di Sumatera mengakibatkan
jerebu di Malaysia
2 Kebakaran hutan/tanah gambut secara semulajadi
- Keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika
yang panas dan kering berpanjangan serta panahan kilat mencetuskan kebakaran
hutan secara semulajadi
- Kebakaran membebaskan gas-gas pencemar seperti
karbon monoksida dan karbon dioksida serta sisa karbon
3 Pembakaran terbuka
- Aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan
perladangan di negara jiran menyebabkan pencemaran udara dan jerebu di
Malaysia, Singapura dan negara ASEAN lain.
4 Kebocoran loji nuklear
- Bencana alam seperti tsunami dan kejadian
rebut/taufan akan menyebabkan kemusnahan loji atau reaktor nuklear
- Kebocoran ini sukar di kawal dan menyebabkan
pencemaran radiasi ke negara-negara lain
5 Aktiviti penambakan laut
- Kerja-kerja penambakan laut di Singapura
menyebabkan pencemaran di perairan Malaysia la menyebabkan pencemaran air yang
menjejaskan ekosistem marin
6 Langkah Malaysia Menangani Perjanjian Alam
Sekitar
-Malaysia menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai
Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan
-Melalui perjanjian ini, jerebu yang disebabkan
kebakaran tanah gambut secara semula jadi perlu diatasi dengan usaha negara
bersepadu dan kerjasama serantau serta antarabangsa
7 Mengambil tindakan melalui undang-undang
antarabangsa
- Malaysia memulakan prosiding terhadap Singapura
di tribunal Antarabangsa Undang- undang laut bagi menangani pencemaran laut
oleh Singapura
- Tindakan ini membolehkan kedua-dua negara
mengesyorkan kaedah-kaedah bagi mengatasi implikasi buruk terhadap alam sekitar
8 Meningkatkan kerjasama bersepadu dengan negara
luar
- Malaysia bekerjasama dengan negara²
jiran untuk memadam kebakaran hutan dan tanah gambut
- Malaysia berusaha menangani masalah jerebu
dengan bekerjasama dengan Indonesia
20. Melalui amalan dasar berbaik-baik dengan
negara luar, Malaysia mendapat banyak manfaat dalam bidang ekonomi. Huraikan.
1 Sumber bahan makanan
- Sumber bahan makanan asas tidak mencukupi untuk
memenuhi keperluan domestik
- Negara mengimport bahan makanan dari luar
2 Sumber tenaga kerja
- Malayasia tidak mempunyai bekalan tenaga kerja
yang cukup bagi menggerakkan sektor ekonomi
- Bergantung kepada negara luar bagi memperoleh
sumber tenaga tersebut
3 Teknologi moden/canggih
- Tanpa teknologi sesebuah negara tidak boleh
dibangunkan walau kaya dengan sumber alam
- Dengan pemindahan dan perkongsian teknologi
moden, idustri negara boleh dimajukan
- Dalam usaha membangunkan industri berteknologi
tinggi, Malaysia mendapat faedah dari pemindahan teknologi daripada negara luar
4 Pasaran yang luas
- Dengan adanya kerjasama, Malaysia boleh
memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan
- Barangan Malaysia boleh dijual di pasaran
antarabangsa
5 Kemasukan modal asing/pelabur asing/pelaburan
asing *mesti ada perkataan “asing”
- Kekurangan modal dalam sesebuah negara boleh
ditampung oleh negara lain
- Kemasukan pelabur asing membawa juga masuk modal
dan kepakaran
- Melalui perkongsian modal ini telah
mempercepatkan proses pembangunan ekonomi
6 Kemasukan tenaga pakar
- Kekurangan tenaga pakar dalam bidang tertentu
boleh ditampung oleh negara lain yang mempunyai kepakaran yang diperlukan itu
- Kepakaran asing digunakan dalam projek- projek
pembangunan ekonomi
7 Bekalan sumber bahan mentah
- Mengimport bahan mentah yang diperlukan untuk
memajukan industri tempatan
No comments:
Post a Comment