Monday, 7 June 2021

【EKOSEM2】STPM Makroekonomi Fokus Soalan Objektif (QnA) - Bab3 Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal (常问的问题)

 



BAB 3: Keseimbangan Pendapatan Negara dan Dasar Fiskal


1. Dalam sebuah ekonomi tiga sector, fungsi tabungan (S)= -80+0.3Y dengan pendapatan negara RM 400 juta. Berapakah penggunaan autonomi ekonomi tersebut?

Ans: S= -80+0.3Y

Maka,

C= 80+0.7Y

Penggunaan autonomi adalah penggunaan yang perlu digunakan walaupun pendapatan adalah sifar.

Penggunaan autonomi= 80+0.7(0) = RM 80 juta

 

2. Bocoran dalam sebuah ekonomi tiga

Ans: cukai, tabungan isi rumah, import (T,S,M)

 

3. Pelaburan= RM 2000 juta

    Perbelanjaan kerajaan= RM 1500 juta

    Cukai= RM 1200 juta

Menurut pendekatan suntikan-bocoran, jumlah tabungan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara?

Ans: I+G=S+T

        2000+1500=S+1200

        S= 3500-1200

         = RM 2300 juta


4. Nilai pengganda pendapatan negara semakin besar sekiranya

Ans: nilai kecenderungan menabung sut semakin kecil


5. Yang manakah dapat meningkatkan saiz suntikan dalam ekonomi

Ans: Peningkatan pelaburan


6.

 


Pada tingkat pendapatan negara Y2, berlaku

Ans: lebihan inventori dan firma mengurangkan pengeluaran

(Pada tingkat Y2, ekonomi mengalami deflasi. Apabila berlakunya deflasi, wujud lebihan inventori dann firma akan mengurangkan pengeluaran.)


7.



Kenaikan harga dari P0 ke P1 disebabkan oleh

Ans: peningkatan kos pengeluaran

(Peningkatan AS beralih ke kiri menunjukkan penawaran agregat menurun. Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan firma mengurangkan pengeluaran dan seterusnya mengalihkan keluk AS ke kiri.)


8. Peralihan keluk permintaan agregat ke kiri berlaku disebabkan oleh

Ans: penurunan bekalan wang akan mengurangkan permintaan agregat

*peningkatan kos pengeluaran, kemunduran teknologi tidak mempengaruhi keluk permintaan agregat(AD) manakala akan mengalih keluk penawaran agregat (AS)


9. Jika lompang deflasi ialah RM 5000 juta dan kecenderungan mengguna sut ialah 0.8. Berapakah jurang keluaran negara kasar?

Ans: (LD/MPS)

5000/0.2

=RM 25 000 juta


10. Nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) adalah sama dengan

Ans: satu apabila bertambah dengan kecenderungan menabung sut(MPS)


No comments:

Post a Comment