Friday, 21 May 2021

【PPSEM2】STPM Soalan Past Year Pengajian Perniagaan - Pengenalan Kepada Pengurusan

 



Pengenalan Kepada Pengurusan


STPM 2013

1.(a) Dua peranan seorang pengetua swasta sebagai penjalin hubungan antara perorangan:

·        Ketua

Pengetua swasta bertindak memberi arahan dan memotivasi guru-guru dan staf sokongan  melaksanakan tugas. Contohnya, pengetua mengetahui perancangan sekolah mengenai kurikulum dan aktiviti kokurikulum bagi sekolahnya.

·       Penghubung

Pengetua mengekalkan networking sama ada di dalam atau di luar. Pengetua berinteraksi dengan guru-guru, staf sokongan, ibu bapa, pembekal dan sebagainya.


(b) Tiga faedah penggunaan Carta Gantt dalam perancangan suatu projek pembinaan lebuh raya:

-menjadual perjalanan tugas agar tidak berlaku pertindihan tugas

-menunjukkan tarikh mula dan tarikh siap bagi mengenal pasti kemajuan projek mengikut jadual yang  ditetapkan

-menunjukkan anggaran tempoh masa pelaksanaan projek bagi mengelakkan kelewatan siap projek

 

(c) Proses kawalan dalam perniagaan:

-menetapkan standard

-mengukur pencapaian/prestasi semasa

-membanding pencapaian dengan standard

-membuat langkah pembetulan


2.(b) Proses pembentukan pasukan: [20m]

Pembentukan - pengenalan dan penerimaan antara satu sama lain. Bermula proses orentasi dan penyesuaian. Wujud ketidakpastian mengenai matlamat dan autoriti. Contohnya, ahli-ahli dalam pasukan pemasaran syampu rambut tidak mengenali antara satu sama lain dan kabur tentang matlamat penubuhan pasukan.

Peributan – timbul konflik untuk menentukan ketua pasukan, peranan ahli pasukan. Tempoh pelaksanaan, skop tanggungjawab, peraturan dan peranan yang dimainkan pertelingkahan dan persaingan wujud menyebabkan rasa timbulnya rasa kekurangan kemajuan pasukan. Contohnya, ahli-ahli dalam pasukan pemasaran syampu rambut akan berkempen untuk menjadi ketua dan menonjolkan peranan masing-masing dalam pasukan.

Penyesuaian – semua pertelingkahan antara ahli dapat diselesaikan. Ahli-ahli mula bekerjasama secara harmoni. Kesannya, prestasi dan kualiti kerja meningkat. Contohnya ahli-ahli dalam pasukan pemasaran syampu rambut telah memahami fungsi dan peranan masing-masing dalam mencapai matlamat bagi memasarkan produk.

Pelaksanaan – pasukan mula bertindak sebagai satu unit dan saling menyokong antara satu sama lain. Setiap ahli komited dan menjalankan tugas masing-masing. Ahli-ahli pasukan pemasaran syampu rambut menjalankan tugas seperti memberi penerangan, memujuk, dan memilih sasaran pengguna.

Penangguhan – apabila sesuatu tugas telah disempurnakan, bermaksud matlamat pasukan telah tercapai. Penubuhan pasukan bersifat sementara dan dibubarkan apabila matlamat tercapai. Contohnya pasukan pemasaran syampu rambut akan dibubarkan apabila matlamat untuk memperkenalkan produk baharu tercapai.

 

STPM 2013(U)

1.(a) Konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah pasar raya:

Konsep keberkesanan- kemampuan pengurus atau pekerja pasar raya untuk melaksanakan segala aktiviti atau kerja yang mempunyai sistem susun atur barangan di rak-rak dan pelabelan mampu meningkatkan keuntungan syarikat yang telah dirancang agar matlamat organisasi dapat dicapai.

Konsep kecekapan- kemampuan pengurus atau pekerja pasar raya untuk melaksanakan segala aktiviti atau kerja dalam organisasi dengan cara terbaik melebihi matlamat yang telah dirancang, iaitu memastikan pelanggan atau pekerja dengan mudah dan cepat dapat mencari barangan di rak-rak kerana adanya sistem susun atur dan pelabelan barangan yang sistematik


(b) Kemahiran pengurusan seperti:

i. Konseptual

-pihak pengurusan atau pengurus perlu memiliki kemahiran ini untuk melihat keperluan dan agihan tugas atau sumber dari perspektif organisasi secara menyeluruh, iaitu meliputi interaksi daripada pelbagai jabatan atau unit dalam syarikat serta juga kesan daripada persekitaran luar syarikat seperti pengaruh komuniti, social dan sasaran pasaran

-contoh, kaedah perkongsian maklumat dalam penyediaan maklumat kewangan seperti penyediaan bajet. Pengurus kewangan perlu mahir untuk berinteraksi antara jabatan atau unit pemasaran dan perlu memberi maklumat sasaran pasaran kepada bahagian pengeluaran untuk bajet kewangan yang diperlukan bagi mengeluarkan sesuatu produk

ii. Kemanusiaan

-pihak pengurusan atau pengurus perlu memiliki kemahiran yang berkaitan pengendalian perhubungan kerja dalam kumpulan dan bekerjasama dengan orang lain sama ada di dalam syarikat atau di luar syarikat

-contoh, dalam keadaan seseorang pengurus yang ingin menentukan agihan perbelanjaan, seorang pengurus kewangan perlu mahir dalam memujuk atau berunding untuk mendapatkan maklumat kewangan yang diperlukan daripada pengurus di jabatan atau unit lain


(c) Konsep pengorganisasian yg berikut dalam syarikat pengangkutan awam:

i. Rantaian arahan

-merupakan rantaian perintah yang jelas, tiada sekatan, tidak putus-putus dalam menghubungkan antara setiap pekerja iaitu pemandu dalam organisasi dengan pekerja di peringkat lebih tinggi daripada penyelia dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu pengurus operasi yang wujud dalam carta organisasi

ii. Pemusatan autoriti

-merupakan konsep yang berkaitan dengan segala pembuatan keputusan mengenai sesuatu aktiviti atau kaedah penyelesaian masalah

-contoh, tugas mengenai jadual pemandu dan laluan perkhidmatan hanya dibuat oleh pengurus peringkat atasan sahaja

iii. Pemencaran autoriti

-merupakan konsep yang berkaitan tentang segala pembuatan keputusan mengenai sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah

-contoh, tugas menyediakan jadual pemandu dan laluan perkhidmatan didelegasikan oleh pengurusan peringkat atasan kepada peringkat penyelia


(d) Empat kepentingan kawalan bagi sesebuah organisasi:

-pengawalan yang berkesan membolehkan segala aktiviti

-pengawalan dapat membantu mengelakkan daripada berlaku sebarang penyelewengan yang boleh dijangka

-pengawalan membolehkan punca kesilapan atau punca masalah penyelewengan dikenal pasti dengan segera supaya tindakan pembetulan yang tepat dapat diambil

-pengawalan yang berkesan dapat memberi maklumat dan maklum balas mengenai prestasi ke atas tugas yang telah diarahkan atau didelegasikan


STPM 2014

1.(b) i. Maksud pengurusan:

-pengurusan merupakan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber manusia dan bukan manusia untuk mencapai matlamat organisasi.

ii. Dua kepentingan pengurusan dalam organisasi perniagaan:

-membantu mencapai matlamat organisasi

-menggunakan sumber secara optimum


(g) Perbezaan antara perancangan strategik dengan perancangan taktikal:

Aspek

Perancangan Strategik

Perancangan Taktikal

Jangka Masa

jangka masa panjang iaitu lebih daripada 5 tahun

jangka masa pendek iaitu kurang daripada setahun

Penyediaan

pengurusan peringkat atasan

pengurusan peringkat pertengahan

 

(j) Transformational leader ialah pemimpin yang mampu memberi inspirasi dan dorongan kepada pengikut untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan untuk kejayaan syarikat.

Jenis kepimpinan yg diamalkan oleh Encik Ruslam:

Kepimpinan transactional

-jenis kepimpinan ini menekankan pemberian arahan pemimpin kepada pekerja untuk mencapai sesuatu matlamat seseorang pemimpin. Kepimpinan ini memberi ganjaran bagi pencapaian baik dan memberi denda jika pencapaian tidak memuaskan. Encik Ruslam mengurangkan bilangan staf untuk memastikan misi syarikat berjaya, maka kepimpinan transactional telah diamalkan oleh beliau.

Kepimpinan karismatik

-pemimpin jenis ini ialah seseorang pemimpin yang mempunyai kebolehan dalam mempengaruhi dan mendorong pekerja untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Encik Ruslam mendorong semua pekerja yang patah semangat untuk berusaha ke arah pencapaian visi yang berfokus kepada kecemerlangan, maka beliau dikatakan mengamalkan kepimpinan karismatik.


STPM 2014(U)

1.(a) Maksud pemusatan dan pemencaran autoriti dalam pengorganisasian:

Pemusatan- keadaan bagi seseorang pengurus ataasan mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan dan autoriti yang diberikan kepada kakitangan bawahan adalah sedikit dan terbatas

Pemencaran autoriti- pihak pengurusan atasan hanya membuat sebahagian daripada keputusan dan kuasa yang diagihkan kepada kakitangan bawahan tersebut untuk membuat keputusan adalah besar dan meluas mengikut ketetapan objektif yang dibenarkan


(b) Teori motivasi- Teori Hierarki Keperluan Maslow

Keperluan yang dimaksudkan:

-keperluan fisiologi

-keperluan keselamatan

-keperluan social

-keperluan penghargaan diri

-keperluan pencapaian hasrat diri


(c) Kaedah kawalan awalan dapat menjamin keselamatan sesuatu produk pelangsingan badan agar ia selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan pengguna:

-kawalan awalan merupakan kawalan yang dibuat terhadap input sebelum bermula proses pengeluaran untuk memastikan bahan-bahan mentah dan rumusan yang digunakan dalam proses transfromasi telah memenuhi standard atau piawaian yang ditetapkan

-input terdiri daripada bahan mentah, kewangan dan mesin pengeluaran yang digunakan perlu dipastikan mutunya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan, kecacatan yang membawa kesan sampingan kepada keselamatan dan kesihatan pengguna


STPM 2015

1.(a) Dua fungsi pengurusan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi:

Perancangan

-proses menentukan matlamat dan membentuk tindakan susulan untuk mencapai matlamat tersebut. Contohnya, matlamat organisasi ialah meningkatkan jualan dan tindakan susulan menurunkan harga.

Pengorganisasian

-merupakan proses mengatur dan menyelaras tugas dan sumber organisasi untuk melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai matlamat organisasi. Contohnya, pengorganisasian ialah membentuk struktur organisasi yang sesuai serta pemberian tugas dan tanggungjawab kepada pekerja.


(b) Tiga peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi:

Peringkat pengurusan atasan

-bertanggungjawab menetapkan polisi, membentuk strategi, membuat perancangan strategik dan menentukan dasar organisasi. Contoh, Presiden dan pengurus besar

Peringkat pengurusan pertengahan

-terlibat dalam perancangan taktikal dan bertanggungjawab kepada pengurusan atasan. Contoh, pengurus kewangan

Peringkat pengurusan bawahan

-bertanggungjawab untuk menyelia aktiviti pekerja dan operasi pengeluaran secara langsung. Contoh, penyelia


(d) Pengaruh kuasa ganjaran dan kuasa desekan ke atas produktiviti sesebuah organisasi:

Kuasa ganjaran

-kuasa yang dapat mengawal pekerja, merupakan satu kuasa positif yang boleh menyebabkan perubahan tingkah laku pekerja di mana pekerja dapat menyumbang kepada peningkatkan produktiviti organisasi. Kuasa yang memberi ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang. Jika ganjaran yang diberikan adalah tinggi, pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh dan produktiviti organisasi meningkat. Contoh kuasa ganjaran ialah seorang ketua memberi bonus kepada pekerja.

Kuasa desakan

-merupakan kuasa dendaan yang bersifat negatif kerana kuasa ini mengawal pekerja melalui paksaan dendaan dan juga ugutan. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti supaya mereka tidak dikenakan tindakan negatif. Contoh kuasa desakan ialah seorang pengurus menahan kenaikan pangkat pekerjanya.


(e) Empat kegunaan fail meja:

-mengetahui senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

-mengetahui dan memahami prosedur kerja yang perlu dilaksanakan

-mengetahui bidang kuasa yang dipunyainya

-menerangkan objektif jabatan


3.(b) Lima faktor pekerjaan yang boleh mendatangkan stes kepada pekerja dalam sesebuah organisasi:

·       Faktor beban tugas

-kerja yang terlalu banyak atau kerja yang perlu disiapkan dalam masa singkat akan menyebabkan stress. Kerja yang sedikit atau tugas tidak mencabar akan menyebabkan pekerja rasa tertekan

·       Kurang atau lebih kelayakan dari pekerjaan

-pekerja yang tidak cukup kemahiran atau kelayakan juga rasa tertekan apabila diberikan tugas yang mencabar manakala pekerja yang mempunyai kelayakan yang lebih akan berasa tidak bermotivasi  dan rasa tertekan untuk menjalankan kerja

·       Konflik peranan

-merujuk kepada subordinat yang bertanggungjawab kepada lebih daripada satu peranan. Subordinat mengalami masalah dalam memilih peranan yang lebih utama. Contoh, penyelia akaun diarahkan untuk menjalankan tugas pemasaran dan ini menimbulkan konflik.

·       Kekaburan peranan

-pengurus tidak jelaskan dengan terang kepada subordinat akan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu, pekerja tidak faham dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Pengurus harus menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh subordinat.

·       Gangguan seksual

-gangguan di tempat kerja mungkin kerap berlaku kepada pekerja wanita. Gangguan seksual ini akan menyebabkan pelerja berasa tidak selesa, tidak selamat, dan menimbulkan tekanan dan emosi.


STPM 2015(U)

1.(a) Dua peranan pengurus sebagai pembuat keputusan:

·       Sebagai usahawan

-bertanggungjawab mengurus dan menggendalikan pengurusan, berusaha meningkatkan perniagaan dengan melaksanakan idea-idea baharu, berfikir kreatif, kritis dan inovatif

·       Sebagai pengagih sumber

-bertanggungjawab mengagihkan sumber organisasi atau faktor pengeluaran seperti bahan mentah, kewangan, modal, sumber manusia kepada jabatan tertentu mengikut keperluan organisasi


(b) Dua jenis perancangan mengikut jangka masa dan kaitannya dengan peringkat pengurusan:

i. Rancangan jangka masa pendek iaitu kurang dari satu tahun

-pihak pengurusan bawahan membuat perancangan aktiviti bagi tempoh 1 tahun

-rancangan ini juga dikenal sebagai rancangan operasi

ii. Rancangan jangka masa sederhana iaitu antara 1 hingga 3 tahun

-pihak pengurusan pertengahan terlibat dalam perancangan ini

-rancangan ini juga dikenali rancangan taktikal


(c) Maksud visi, misi dan objektif dalam rancangan strategik bagi sesebuah organisasi perniagaan:

Visi:

-merupakan matlamat/wawasan yang ingin dicapaikan oleh perniagaan pada masa hadapan

-berjangka panjang berkaitan dengan hala tuju yang ingin dicapai

Misi:

-merujuk kepada tujuan dan sebab sesebuah organisasi perniagaan ditubuhkan

-dinyatakan secara umum iaitu menjelaskan skop operasi syarikat, pihak berkepentingan yang terlibat dan produk ditawarkan di pasaran

Objektif:

-merujuk kepada sasaran atau hasil akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam tempoh jangka masa pendek biasanya 1 tahun

-setiap jabatan dalam sesebuah organisasi mesti menetapkan objektif masing-masing

-objektif yang ditetapkan sejajar dengan rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi


(d) Dua perbezaan antara jenis kepimpinan karismatik dengan kepimpinan berwawasan:

Aspek

Kepimpinan Karismatik

Kepimpinan Berwawasan

Sifat/Ciri

-keperibadian yang mempesonakan, mempunyai kelebihan tersendiri dan menyakinkan

-berpandangan jauh, mempunyai misi, objektif yang jelas dan sentiasa membuat penambahbaikan untuk masa hadapan

Cara

-dapat mewujudkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengikut dengan mempamerkan imej yang positif dan keyakinan diri yang tinggi

-dapat memotivasikan pekerja dan memperlihatkan hala tuju yang jelas berdasarkan perancangan dan matlamat yang telah ditetapkan

 

STPM 2016

1.(a) Tiga peranan pengurus sebagai antara perorangan(interpersonal):

·       Sebagai orang terpenting atau lambang(simbol)

-pengurus bertanggungjawab menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik, wakil jabatan, atau orang penting dalam sesuatu acara atau peristiwa penting syarikat

·       Sebagai pemimpin atau ketua (leader)

-pengurus memimpin pekerja dalam melaksanakan tugas untuk meningkatkan prestasi, menyelaras atau mengkoordinasi tugas antara jabatan, memotivasikan pekerja, melaksanakan tugas, dan menjadi contoh atau ikutan (role model)

·      ➨Sebagai penghubung/koordinator atau orang tengah

-pengurus bertanggungjawab mewujudkan atau mengekalkan hubungan dalam organisasi dan di luar organisasi


(b) Jenis kemahiran pengurusan:

i. Pengurusan masa

-pengurus berkemampuan menjadualkan kerjanya yang perlu dilaksanakan dalam masa yang terhad

-contohnya, menghadiri temu janji dengan pelabur perlu didahulukan berbanding mesyuarat dalaman

ii. Pembuatan keputusan

-pengurus perlu bijak mengenal pasti masalah serta memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah

-contohnya, pengurus jualan membuat pilihan alternatif terbaik membuka outlet perniagaan baharu


(c) Dua kebaikan pemencaran autoriti dalam sesebuah organisasi:

-dapat mengurangkan beban tugas iaitu pengurus atasan dapat menjalankan tugas yang lebih penting

-subordinat berpeluang menunjukkan bakat atau kebolehan kepimpinan

-dapat menghindari karenah birokrasi yang berlaku terutamanya bagi organisasi yang besar dan banyak cawangan

-proses membuat keputusan dapat dipercepatkan kerana kuasa diperuntukkan di peringkat pengurusan bawahan

 

STPM 2016(U)

1.(a) i. Pelopor Pendekatan Pemikiran Pengurusan Moden:

-Pelopor Pendekatan Sistem ialah Chester Bernard, Fremon Kast, James Rozenzweig dan Ladwig Von Bertanlanffy

-Pelopor Pendekatan Kontigensi ialah Joan Woodward, James Thompson dan Jay Lorseh


ii. Dua ciri pendekatan pemikiran pengurusan moden:

·       ➨ ciri-ciri sistem

-organisasi merupakan satu sistem yang sama setiap bahagian dalam sistem itu mempunyai hubung kait antara satu dengan yang lain

-setiap tindakan dalam bahagian yang berlainan akan saling memberi kesan antara satu dengan yang lain akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan

·      ➨ ciri-ciri kontigensi

-gaya kepimpinan bergantung kepada situuasi, sifat atau ciri pekerja atau orang yang dipimpin. Contoh gaya kepimpinan autokratik sesuai untuk pekerja yang bersifat negatif, pasif/pemalas.

-pengurus perlu rasional dalam menggunakan gaya kepimpinan mengikut faktor situasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi


(b) Tiga kepentingan kemahiran konseptual dalam pengurusan peringkat atasan bagi sesebuah organisasi perniagaan:

-membentuk hala tuju dan membuat perancangan jangka panjang bagi sesebuah organisasi dan membentuk strategi untuk mencapai matlamat organisasi

-memahami persekitaran dalaman dan luaran organisasi dan diambil kira dalam pengurusan organisasi

-berupaya meramal dan menjangkakan perubahan yang akan berlaku kepada persekitaran luaran organisasi


(c) Dua jenis perancangan mengikut peringkat dalam sesebuah organisasi:

·       Perancangan strategik

-merupakan perancangan jangka panjang yang mana tumpuan melihat peluang, kekuatan, kelemahan dan ancaman supaya dapat memacu organisasi dengan cekap dan berkesan

-perancangan ini dilakuakn oleh pihak pengurusan atasan

·       Perancangan taktikal

-merupakan perancangan jangka masa sederhana yang menterjemahkan rancangan strategik yang umum dan luas ke bentuk matlamat yang lebih spesifik dan mudah difahami

-perancangan ini dilaksanakan oleh pengurusan pertengahan


(d) Ciri-ciri motivasi Herzberg:

·       Faktor hygiene

-merangkumi faktor luaran yang memotivasikan pekerja seperti gaji, faedah dan manfaat, tempat kerja yang kondusif atau selesa

·       Faktor motivasi

-merangkumi faktor dalaman iaitu berbentuk intrinsik seperti tanggungjawab, pengiktirafan, penghargaan dan kreativiti


(j) Dua jenis kuasa yang dimiliki oleh Encik Ramli:

·       Kuasa sah

-kuasa yang diperoleh daripada lantikan atau jawatan

-contohnya, Encik Ramli merupakan pemilik dan pengurus besar kilang tersebut.

·       Kuasa kepakaran

-keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pemimpin tersebut

-contohbya, Encik Ramli berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang yang diceburinya dan menjadi pakar rujuk.

 

STPM 2017

1.(a) Maksud keberkesanan dan kecekapan dalam sesebuah syarikat pengeluar pakaian:

Keberkesanan bermaksud menyempurnakan sesuatu kerja yang membantu ke arah memenuhi objektif sesebuah syarikat. Sebagai contoh, syarikat pengeluar pakaian mengeluarkan pakaian muslimah

Kecekapan bermaksud melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha, perbelanjaan dan sisa yang minimum. Sebagai contoh, syarikat menetapkan jumlah pengeluaran pakaian sebanyak 1000 pasang dalam sebulan. Pada hujung bulan, syarikat telah menghasilkan sebanyak 1300 pasang tanpa meningkatkan kos.


(b) Dua kemahiran yang penting yang perlu dimiliki oleh Peyelia Operasi kilang perabot:

·       Kemahiran teknik

-merupakan kebolehan untuk memahami dan mengaplikasikan kaedah atau prosedur dan teknik

-sebagai contoh, menggunakan teknlogi dan kemahiran untuk kerja harian dan memberi tunjuk ajar atau penerangan kepada para pekerja

·       Kemahiran pengurusan masa

-merupakan penggunaan masa dengan cekap dan berkesan

-sebagai contoh, menyiapkan kerja sebagaimana yang dirancang dan mengetahui masa yang diperlukan bagi sesuatu kerja


(c) Cara seseorang pengurus menggunakan gaya kepimpinan autokratik untuk mempengaruhi subordinatnya:

-gaya kepimpinan autokratik merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya kepada rakan sejawat ataupun subordinat

-pemimpin memastikan subordinat hanya menurut arahan daripada ketua

-sesuai untuk pekerja-pekerja di peringkat bawahan seperti buruh binaan dan pekerja kontrak


(d) Dua kepentingan kerja berpasukan terhadap pembuatan keputusan:

-kualiti keputusan lebih baik kerana banyak idea disumbangkan oleh ahli pasukan

-dapat membantu ahli-ahli mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu dalam membuat keputusan


STPM 2017(U)

1.(a) Dua peranan pengurus sebagai peranan bermaklumat(informational):

Sebagai pengawas

-pengurus perlu peka terhadap persekitaran dalaman dan luaran organisasi agar dapat mengumpul maklumat sama ada dari dalam atau luar organisasi

-contohnya, dengan memantau maklumat perniagaan, industri atau persekitaran, pihak pengurusan dapat melaksanakan peranan dengan lebih baik

Sebagai penyampai

-pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada para pekerja di dalam organisasinya

-contohnya, perancangan yang digariskan oleh pengurus atasan mestilah disampaikan kepada semua staf organisasi


(b) Peranan setiap peringkat pengurusan dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi:

·       Peringkat pengurusan atasan

-melihat organisasi secara menyeluruh dan memastikan kejayaan seluruh organisasi dengan merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal

-menentukan wawasan, matlamat, hala tuju, visi, misi, prosedur dan menyediakan strategi jangka panjang

·       Peringkat pengurusan pertengahan

-menterjemahkan wawasan, matlamat, hala tuju, visi dan misi yang telah disediakan oleh pengurusan atasan serta menyediakan strategi jangka sederhana

-merancang aktiviti, mengorganisasi, memberi arahan dan mengawal objektif jabatan untuk jangka masa sederhana

·       Peringkat pengurusan bawahan

-melaksanakan rancangan yang disediakan oleh peringkat pengurusan pertengahan

-memastikan semua aktiviti dan operasi yang dirancang berjalan lancer

-menyediakan perancangan, membuat jadual kerja, menyelia dan memantau objektif bagi jangka masa pendek


(c) i. Maksud pasukan:

-sekumpulam manusia yang berinteraksi secara berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat bersama

ii. Tiga kepentingan pasukan dalam sesebuah organisasi:

-dapat melakukan tugas yang tidak boleh dilakukan secara individu

-dapat memberikan motivasi kepada ahli pasukan

-dapat mengumpulkan bakat dan kemahiran yang berbeza


(d) Dua langkah pertama yang terdapat dalam proses kawalan:

·       Menetapkan standard

-merujuk kepada sesuatu ukuran prestasi yang diharapkan

-standard wujud dalam bentuk standard input atau standard kualiti

-standard input merujuk kepada prestasi kerja individu

-standard output merujuk kepada standard kualiti/kuantiti/masa

·       Mengukur pencapaian

-proses di mana pemantauan dibuat dan mengukur hasil/output semasa

-untuk mengukur prestasi sebenar pelaksanaan perancangan

-tahap pencapaian perlu diukur secara berkala dan berterusan


3. Tiga jenis kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seorang pemimpin

·       Transactional

-pemimpin transactional menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai objektif organisasi

-bagi pekerja yang menunjukkan kejayaan mereka akan diberi ganjarandan bagi pekerja yang gagal mencapai prestasi akan menerima denda atau hukuman

-contohnya, pemberian bonus kepada pekerja adalah berdasarkan prestasi yag ditunjukkan

·       Transformational

-pemimpin transformational akan membuat perubahan drastic dalam sesebuah organisasi

-pemimpin jenis ini bertindak sebagai agen perubahan dan membina komitmen yang tinggi untuk mencapai visi

-contohnya, pengurus baharu menukarkan jadual bekerja dari 3 shif kepada 2 shif

·       Karismatik

-merupakan seorang pemimpin yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mendorong, mengarah dan mempengaruhi pekerjanya supaya mereka melakukan tugas

-contoh, pengurus akan menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh para pekerjanya

·       Berwawasan

-merupakan pemimpin yang mampu mewujudkan imej yang positif untuk masa depan organisasi

-berupaya menetukan hala tuju organisasi berdasarkan perancangan dan juga matlamat yang telah ditetapkan

-contohnya, pengurus memberitahu kepada pekerjanya tentang rancangan masa depan syarikat yang memberikan keuntungan kepada syarikat dan juga pekerja


STPM 2018

1. Empat prinsip yang diperkenalkan oleh Henry Fayol:

-pembahagian kerja

-autoriti

-disiplin

-panduan arahan


2.(a) Maksud gaya kepimpinan demokratik:

-merupakan gaya kepimpinan yang melibatkan pengurus dan subordinat membuat keputusan secara bersama


(b) Tiga contoh gaya kepimpinan demokratik dalam pengurusan sesebuah organisasi:

-pengurus dan subordinat berbincang bagi menyelesaikan masalah

-pengurus dan subordinat sama-sama membuat keputusan

-kejayaan dan kegagalan bergantung kepada prestasi pengurus dan subordinat


3. Bezakan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal dari aspek matlamat, jawatan dan bidang kuasa:

Aspek

Pemimpin Formal

Pemimpin Tidak Formal

Matlamat

-untuk memenuhi matlamat organisasi

-untuk memenuhi objektif kumpulan

Jawatan

-dilantik secara rasmi

-mendapat persetujuan ahli

Bidang kuasa

-mengikut perundangan dan peraturan organisasi

-ditentukan oleh kumpulan

 

4. Dua alat kawalan yang sesuai digunakan bagi sesebuah syarikat yang mendapat projek membina bangunan sekolah:

·       ➨ Bajet

-rancangan terperinci yang dinyatakan dalam bentuk nilai kewangan atau merupakan ramalan atau jangkaan hasil, belanja dan perbelanjaan modal.

-syarikat yang mendapat projek untuk menyiapkan bangunan sekolah perlu menggunakan bajet untuk mengawal jumlah belanja seperti pembelian bahan mentah, gaji pekerja dan sebagainya

·       ➨ Carta Gantt

-penjadualan rancangan berbentuk graf mendatar yang menunjukkan aktiviti mengikut susunan untuk disiapkan dan masa yang diperuntukkan

-syarikat yang mendapat projek untuk menyiapkan bangunan sekolah menggunakan carta gantt untuk mengawal masa bagi menyiapkan aktiviti yang disusun mengikut urutan proses


STPM 2018(U)

1. Empat fungsi pengurusan dalam sesebuah organisasi:

-perancangan

-pengorganisasian

-kepimpinan

-pengawalan


2. Perniagaan Zafaran mengeluarkan kordial pelbagai perisa. Kos tetap syarikat ialah RM12 000.00. Harga jualan sebotol kordial ialah RM9.00 dan os berubah sebotol kordial ialah RM4.20.

Hitung:

(a) Titik pulang modal

=kos tetap / (harga seunit-kos berubah seunit)

=RM12 000 / (RM9-RM4.20)

=RM12 000 / RM4.8

=2500 botol

 (b) Jumlah kos pada titk pulang modal

=kos berubah + kos tetap

=(2500 botol x RM4.20) + RM12 000

=RM22 500


3. Empat ciri objektif untuk menjadikan sesuatu rancangan strategik itu boleh mencapai matlamat yang ditetapkan:

-khusus

-boleh diukur

-mampu dicapai

-realistik


4.

Z

Keperluan penghargaan

Y

X

Keperluan fisiologi

 

 

 

 

Peringkat X, Y, Z

X – merupakan keperluan keselamatan

-bertujuan untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa depan mereka

-keperluan untuk melindungi diri daripada kecederaan atau kehilangan nyawa, keamanan persekitaran, kestabilan keluarga dan jaminan pekerjaan

Y – merupakan keperluan social

-keperluan untuk berkasih saying dan berinteraksi sesama manusia

-manusia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi

Z – merupakan keperluan pencapaian hasrat diri

-keperluan seseorang individu untuk menunjukkan keupayaan potensi diri dalam melaksanakan sesuatu perkara

-keperluan untuk maju dan memperoleh kejayaan dengan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada padanya

 

No comments:

Post a Comment