Aspek Perundangan Perniagaan
STPM 2013
1.(d) Dua klasifikasi jualan
barang-barang :
· Barang sedia ada
-merupakan barang yang sudah
dimiliki /disimpan oleh penjual
-iaitu barang tertentu dan barang belum ditentukan
-barang tertentu ialah barang yang
dimiliki oleh penjual, contoh pelbagai barangan yang dijual di pasar raya
-barang belum ditentukan ialah
barang yang belum ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan dibuat
· Barang masa hadapan
-merupakan barang yang diperoleh
oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat
-contoh, rumah yang dibeli sebelum
pembinaan
(e) Empat elemen kontrak :
-wujud dua pihak, iaitu pembeli dan
penjual
-wujud pemindahan hak milik
daripada penjual kepada pembeli
-wujud barang sebagai subjek utama
yang dikontrakkan
-terdapat balasan wang daripada
satu pihak yang lain
STPM 2013 (U)
1.(e) Elemen kontrak tawaran dengan merujuk kepada kes Preston
Corp.Sdn.Bhd Lwn.Edward Leong&Ors :
-tawaran ialah suatu tanda
kesediaan peribadi tawaran untuk menjalinkan satu kontrak yang sah dan mengikat
di sisi undang-undang
-tawaran dalam kes ini merujuk
kepada elemen tawaran sebagai satu aku janji oleh satu pihak kepada pihak yang
lain bahawa ia akan melainkan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan
sesuatu jika pihak yang lain itu bersedia menurun atau mematuhi sepenuhnya
segala syarat yang disebutkan oleh pihak yang membuat janji itu
(f) i. Maksud kontrak jualan :
-ialah satu kontrak yang mana
penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak milik terhadap barang kepada
pembeli pada suatu harga tertentu
ii. Dua waranti tersirat kontrak jualan barang :
-bebas daripada kesulitan ialah
barangan harus dapat digunakan dengan mudah, tidak masuk pada penggunaan
pertama dan penggunaan –penggunaan seterusnya pada jarak masa yang sesuai serta
tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna
-bebas daripada gangguan iaitu
pengguna dapat menikmati kebebasan menggunakan barang yang dibeli dengan aman,
kepelihara dan tiada gangguan lain
STPM 2014
1.(c) Dua syarat tersirat:
-mengenai hak milik iaitu penjual
perlu mempunyai hak milik yang sah terhadap barang yang dijual
-mengenai jualan mengikut deskripsi
atau keterangan iaitu barang mestilah berpadanan dengan deskripsi yang
diberikan oleh penjual
(d) Dua perkara yang boleh menyebabkan
sesuatu kontrak batal :
· merupakan fraud/penipuan
-perjanjian yg
dibentuk dari tujuan dan balasan yang bersifat tipu muslihat adalah menyalahi
undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan
· dilarang oleh undang-undang
-secara nyata
dilarang oleh undang-undang beberapa jenis perjanjian daripada dimasuki oleh
mana-mana pihak seperti perjanjian perjudian, perjanjian yg menjejaskan
kebebasan dan kestabilan perkahwinan, perjanjian yg menghalang perdagangan
STPM 2014 (U)
1.(d) Tiga bentuk pelepasan
kontrak :
Pelepasan dengan persetujuan semua
pihak yang berkontrak
-berlaku apabila pihak-pihak yang
berkontrak bersetuju untuk melepaskan diri daripada kewajipan di bawah kontrak
iaitu dengan melepaskan sebarang tanggungjawab yang telah diikat sebelumnya
Pelepasan dengan perlaksanaan
syarat tertentu
-berlaku apabila kedua-dua pihak
yang berkontrak telah melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dan hak
masing-masing mengikat syarat-syarat di dalam kontrak. Selepas itu, barulah
kontrak boleh dilepaskan
Pelepasan dengan kemungkiran
kontrak
-berlaku apabila satu pihak dalam
kontrak enggan melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah dipersetujui dalam
kontrak. Dengan itu, satu lagi pihak boleh melepaskan diri daripada kontrak
(e) Tiga bentuk remedi :
Ganti rugi
-merujuk kepada pihak yang
mengalami kerugian menuntut ganti rugi daripada pihak yang pecah sesuatu
kontrak
-pengiraan ganti rugi adalah
berasakan nilai pelaksanaannya
Pelaksanaan spesifik
-merupakan satu perintah atau
dikiri mahkamah untuk mengarahkan satu pihak melaksanakan obligasinya dan akur
janji menurut terma kontrak seperti yang terkandung dalam kontrak
Injunksi
-merupakan arahan mahkamah yang
ditujukan kepada orang tertentu untuk menghalang atau mengarahnya daripada
melakukan sesuatu serta membetulkan salah laku yang menjadi punca kemungkiran
kontrak
STPM 2015
3.(a) Lima syarat yang tersirat
di bawah Akta Jualan Barang-barang 1957 : [20m]
i. masa pembayaran
Berdasarkan Seksyen 11(1),
melainkan sesuatu niat lain didapati daripada terma kontrak, janji mengenai
masa bayaran adalah tidak dianggap menjadi asas kontrak jualan. Sama ada
apa-apa janji lain, mengenai masa menjadi asas kontrak atau tidak bergantung
kepada terma kontrak. Ini bermaksud kedua-dua pihak bebas menentukan masa, sama
ada masa itu penting ataupun sebaliknya. Contohya, sekiranya pembeli gagal
membayar dalam tempoh masa tertentu, tidaklah menyebabkan sst kontrak itu batal
kecuali dinyatakan dalam kontrak.
ii. hak milik
Berdasarkan Seksyen 14a (1), dalam
sesuatu kontrak jualan, melainkan hal² keadaan kontrak adalah bertujuan
menunjukkan niat yang berlainan, terdapat sst syarat tersirat di pihak penjual
bahawa dalam kes sst pertujuan utk menjual, dia akan mempunyai hak untuk
menjual barang-barang apabila milikan itu berpindah. Ini bermaksud penjual
mestilah mempunyai hak milik yang sah pada pembeli. Contohnya, penjual mestilah
mempunyai hak untuk menjual pada masa hak milik barang itu berpindah kpd
pembeli.
iii. jualan melalui
perihalan/deskripsi
Berdasarkan Seksyen 15(1), jika
terdapat sst kontrak untuk menjual barang-barang melalui perihalan terdapat sst
syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan perihalan.
Barang hendaklah bersamaan, berpadaan/secocok dengan deskripsi yg diberi oleh
penjual. Contohnya, apabila pembeli membuat pesanan barang berpandukan risalah,
katalog/iklan di akhbar/majalah.
iv. jualan mengenai kualiti dan
kelayakan
Berdasarkan Seksyen 16(1), bagi
mana-mana undang-undang lain semasa dikuatkuasakan, tidak ada waranti/syarat
tersirat mengenai kualiti/kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu bagi
barang-barang yg dibekalkan di bawah suatu kontrak jualan kecuali sbg berikut:
Jika pembeli scr nyata/tersirat
memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-barang yg diperlukan untuk
menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada kepakaran/penghaliman penjual dan
barang-barang adalah daripada perihalannya dalam perjalanan urusan penjual
untuk membekalkan (sama ada dia adalah pengilang/pengeluar atau tidak) terdapat
sesuatu syarat tersirat bahawa barang-barang hendaklah scr munasabahnya layak
utk maksud itu. Tidak wujud sebarang syarat tersirat bahawa barang yg dibeli
mesti berkualiti. Ini adalah kerana prinsip ‘caveat emptor’ yg bermaksud
pembeli perlu memeriksa dan berhati-hati terhadap barangan yg dibeli. Jika
pembeli cuai dalam membeli barang, maka pembeli tidak blh mendakwa penjual atas
kerugian yg dialaminya.
v. jualan melalui sampel dan contoh
Berdasarkan Seksyen 17(1), sesuatu
kontrak jualan ialah sesuatu kontrak untuk menjual melalui contoh jika terdapat
terma yg jelas/tersirat mengenainya dlm kontrak.
Berdasarkan Seksyen 17(2), dalam
kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat syarat tersirat.
Antaranya ialah:
-kuantiti hendaklah bersamaan
dengan contoh dalam kualiti.
-pembeli hendaklah mempunyai
peluang munasabah bagi membandingkan kuantiti dengan contoh.
-barang-barang hendaklah bebas drp
apa-apa kecacatan yg menjadikannya tidak boleh dagang yg mungkin tidak
kelihatan pada pemeriksaan munasabah bagi contoh.
STPM 2015 (U)
1.(e) Pengecualian perjanjian
tanpa balasan:
-Seksyen 26 (a) menyatakan “sesuatu
perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali ianya dinyatakan
secara bertulis dan didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) yang pada masa
itu berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian dan dibuat berdasarkan
atas kasih sayng semula jadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib antara
satu dengan yang lain”
-contoh, Ali kerana kasih saying
semula jadi, berjanji memberi sabuah rumah kepada anak saudaranya. Beliau telah
menyatakan secara bertulis dan mendaftarkannya mengikut undang-undang yang
berkuat kuasa pada masa itu
STPM 2016
1.(d) Dua elemen kontrak jualan:
Keterangan
-pengguna mempunyai hak untuk
mendapatkan maklumat mengenai barang yang dibelinya
Contoh, Puan Aisyah mempunyai hak
mendapatkan keterangan daripada syarikat yang menjual mesin basuh berkaitan
seperti kapasiti, fungsi mesin basuh dan manual penggunaan mesin basuh
Waranti
-merupakan suatu janji kolateral
kepada maksud utama kontrak jika mungkir memberikan suatu untuk menuntut ganti
rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap kontrak itu
sebagai ditolak
-contoh, mesin basuh telah kemik
ketika turun dari lori, pembeli tidak boleh membatalkan kontrak tetapi boleh
minta ditukar dengan mesin basuh yang lain atau memohon ganti rugi yang
berpatutan
STPM 2016 (U)
1.(e) Satu remedi yang boleh
dituntut oleh pihak yang menerima kesan daripada kemungkiran kontrak:
-Encik Zaid boleh memilih untuk
menamatkan kontrak dan tidak membayar bayaran kepada Encik Jalal seperti yang
dipersetujui dalam kontrak
(f) Tiga elemen kontrak jualan :
Keterangan
-pengguna mempunyai hak untuk
mendapatkan maklumat mengenai barang yang ingin dibeli
Bebas daripada kesulitan
-barang yang dibeli dapat digunakan
dengan mudah dan tidak rosak pada penggunaan pertama dan tidak membahayakan
pengguna
Mutu
-kualiti barang mesti bersesuaian
dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan dan mempunyai kualiti boleh dagang
STPM 2017
1.(e) Maksud kontrak yang sah :
-semua perjanjian adalah kontrak
jika dibuat atau kerelaan bebas pihak yang layak membuat kontrak untuk sesuatu
balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan
nyata di bawah peruntukan ordinan ini ianya batal
(f) Syarat tersirat masa
pembayaran dan jualan melalui perihalan atau deskripsi :
Seksyen 11: “Melainkan sesuatu
nilai lain didapati daripada terma kontrak, janji mengenai masa bayaran adalah
tidak dianggap menjadi asas kontrak jualan. Sama ada apa-apa janji lain
mengenai masa menjadi asas kontrak atau tidak bergantung pada terma kontrak”
Jualan melalui perihalan atau
deskripsi
-Seksyen 15 “Jika terdapat sesuatu
kontrak untuk menjual barang-barang melalui perihalan terdapat sesuatu syarat
tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan perihalan dan jika
jualan itu melalui contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti
barang-barang bersamaan dengan contoh jika barang-barang juga tidak bersamaan dengan
perihalan”
STPM 2017 (U)
1.(e) Tiga sebab penamatan
tawaran yang boleh berlaku dalam situasi :
Luputnya waktu tawaran
-penamatan akan berlaku jika Encik
Zaid tidak membuat penerimaan sehingga 19 Februari 2017
Penolakan tawaran oleh penerima
tawaran
-Encik Zaid menolak tawaran yang
dibuat oleh Encik Adil untuk menjual rumahnya
Kematian atau ketidaksiuman pembuat
tawaran
-Encik Adil mengalami kematian atau
ketidaksiuman sebelum Encik Zaid membuat penerimaan terhadap tawaran yang
dibuat oleh Encik Adil
STPM 2018
5. Dua elemen penting dalam
elemen penerimaan :
Dibuat secara biasa dan munasabah
-penerimaan tawaran dikehendaki
membuat penerima dengan cara yang munasabah tetapi jika pembuat tawaran telah
menyatakan cara penerimaan dikehendaki, maka penerima tawaran berkewajipan
menunaikan cara tersebut
Penerimaan yang dibuat mestilah
dikomunikasikan
-penerima tawaran mestilah
memberitahu kepada pembuat tawaran sama ada menerima tawaran itu atau
sebaliknya
6.(a) Dua jenis barang mengikut
takrifan Akta Jualan Barang-barang 1957 :
Barang sedia ada
-barang yang telah dimiliki atau
sedang disimpan oleh penjual
Barang masa hadapan
-barang yang akan dihasilkan oleh
penjual selepas kontrak jualan diwujudkan
(b) Satu contoh bagi setiap
jenis barang :
-contoh barang sedia ada ialah
barangan keperluan yang dijual di kedai runcit
-contoh barang masa depan ialah
pembelian sebuah rumah yang sedang pembinaan
STPM 2018 (U)
5. Perbezaan antara syarat
tersurat dengan syarat tersirat dari aspek maksud dan contoh :
Aspek |
Syarat Tersurat |
Syarat Tersirat |
Maksud |
-merupakan syarat/perkara utama yg dinyatakan secara jelas dalam
kontrak/perjanjian |
-merupakan syarat/perkara utama yg tidak disebut secara nyata/jelas dlm
sesuatu perjanjian/kontrak tetapi sedia maklum oleh kedua-dua pihak bahawa
perkara tersebut sememangnya wujud dalam perjanjian |
Contoh |
-kontrak pembelian kereta yang mengandungi perjanjian tentang harga,
jenis kereta, kaedah pembayaran dan lain² |
-kontrak jualan kereta mempunyai syarat tersirat mengenai hak milik,
kualiti dan kelayakan/kesesuaian, jualan melalui perihalan,
keterangan/deskripsi |
No comments:
Post a Comment