Saturday, 17 April 2021

【PAESEI_S2】 Malaysia terus mengorak langkah untuk mencapai status negara maju...



Karangan Pengajian Am -

Malaysia terus mengorak langkah untuk mencapai status negara maju. Hal ini dapat dilihat dalam peningkatan pelbagai indikator (petunjuk) Malaysia maju, seimbang, sejahtera.


Indikator:

1 Agama dan kepercayaan

-agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

-agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan penganut masing-masing secara harmoni

-menekankan konsep saling menghormati status agama masing-masing

2 Sektor pertanian

-mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di negara kita

-mampu menjana pendapatan yang besar kpd negara dan petani

-Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeksportan tanaman semakin meningkat

3 Sektor politik

-Malaysia telah mengamalkan permuafakatan politik dalam menjamin keberhasilan keharmonian negara

-setiap kaum yang diwakili perlu mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan bersama

-Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara

4 Sektor pendidikan

-pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

-pengkorporatan universiti, bermatlamat mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswstaan, pengkorporatan dan persyarikatan

-pendidikan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu

5 Sektor perindustrian      

-menjadi tulang belakang ekonomi negara

-negara kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu

-sektor perindustrian negara telah berjaya menghasilkan kualiti produk yang sama dengan barangan import


No comments:

Post a Comment